Lebih selesa dan moden, Klinik Teng Bukap bakal dibina semula

PADAWAN – Penduduk di sekitar Padawan bakal menikmati kemudahan kesihatan yang lebih moden dan selesa susulan cadangan pembinaan semula Klinik Kesihatan Teng Bukap di sini.

Bagi merealisasikan perancangan tersebut, satu lawatan kerja rasmi telah diadakan bagi meninjau keadaan semasa bangunan klinik sedia ada yang kini semakin uzur, selain menilai kesesuaian tapak baharu yang dicadangkan.

Lawatan itu disertai oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib bersama Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin.

Kehadiran barisan pemimpin ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan, khususnya di kawasan luar bandar dan separa bandar.

Semasa lawatan tersebut, rombongan telah diberikan taklimat berhubung keadaan semasa klinik berkenaan yang amat memerlukan penambahbaikan segera dari segi infrastruktur serta kapasiti perkhidmatan.

Satu pembentangan mengenai cadangan tapak baharu turut diadakan yang dijangka mampu menawarkan ruang yang lebih luas dan selesa kepada pesakit serta petugas kesihatan.

Menurut perbincangan tersebut, pembinaan semula fasiliti ini dilihat amat kritikal bagi memastikan kelancaran perkhidmatan perubatan yang lebih efisien, pantas dan selamat, di samping menampung peningkatan jumlah pesakit di kawasan Padawan yang pesat membangun.

Rombongan turut turun padang meninjau kawasan tapak cadangan baharu bagi menilai sendiri kesesuaian lokasi dari aspek aksesibiliti, keselamatan serta keperluan logistik sebelum keputusan akhir dimuktamadkan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menegaskan bahawa usaha menaik taraf fasiliti kesihatan seumpama ini adalah selari dengan agenda negara untuk memperkukuh sistem kesihatan awam. Langkah ini penting bagi memastikan rakyat di kawasan luar bandar tidak terus tercicir daripada mendapat akses rawatan berkualiti.

Dalam pada itu, rata-rata penduduk setempat menyambut baik lawatan kerja tersebut dan menaruh harapan tinggi agar projek pembinaan semula Klinik Kesihatan Teng Bukap dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Veronica Lugah; Timbalan Residen Bahagian Serian, Abdul Khalil Manap; Pegawai Daerah Siburan, Ranum Bari; barisan panel penasihat klinik serta kakitangan KKM bahagian dan daerah.

Related Posts

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

TAWAU – Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa negeri Sabah termasuk dua pegawainya direman bermula Rabu bagi siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 antara 2022 hingga 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori