Banjir Lahad Datu: 14 kucing peliharaan antara ‘harta’ utama diselamatkan

LAHAD DATU – Sebanyak 14 ekor kucing peliharaan dari dua keluarga pencinta haiwan antara ‘harta’ yang diselamatkan selain dokumen penting selepas kediaman mereka terjejas banjir di Lahad Datu.

Berkongsi kepada wartawan The Malaysia Press, Nurul Ain Abdullah, 49, berkata, antara perkara pertama yang difikirkannya adalah lapan ekor kucing yang dipeliharanya selain dokumen penting sebelum berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pusat Vokasional Pertanian (AVTC).

“Kami di sini sejak awal PPS dibuka pada Rabu jam 9 malam la, sebelum itu kami kemas-kemas apa yang patut lepas tu nampak kucing ni kan kesian dan risaulah sebab keenam-enam ni kucing kampung dan dua lagi kucing Parsi ni lama sudah dalam jagaan kami, memang tidak sanggup mahu tinggalkan.

“Cuma saya dan dua anak berumur 16 dan 8 tahun saja ke PPS dan suami masih di rumah di Jalan Sapadulang Hilir untuk memantau banjir sebab kalau ikutkan sebelum ini kami tidak pernah kena banjir, yang ini paling teruk sebab air sungai pun melimpah memasuki kawasan rumah,” katanya ketika ditemui di PPS AVTC, pada Jumaat.

Noraini Khamis, 43, juga sempat menyelamatkan enam ekor kucing kampung yang dipeliharanya sebelum kediamannya turut terjejas di Batu 8 Jalan Segama.

“Separuh kucing ni ada yang orang buang jadi kami pelihara dan jaga, jadi kami tidak mahu kucing ini tinggal, kami bawa juga ke PPS,” katanya.

Sementara itu, seorang mangsa banjir dari Kampung Simpang Sayur, Musfirah Ali, 57, yang ditemui di PPS Dewan Kolej Vokasional berkata, mereka menyedari keadaan paras air meningkat apabila tersedar pukul 2 pagi pada Khamis.

“Rumah kami di bawah kolong (tingkat bawah) semua air penuh, tiga anak tangga lagi sampai rumah kami dan memang air banjir masa itu sangat deras dan habis suda tingkat bawah rumah ipar saya di depan itu.

“Kami punya kereta Waja habis dimasuki air tapi syukur juga satu dapat selamat itu kereta Bezza milik menantu saya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammad Yusof Apdal semasa mengunjungi mangsa banjir di PPS berkata, kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan amat penting dalam usaha membantu semua mangsa terkesan banjir.

“Di peringkat saya, saya akan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri dan memanjangkan perkara itu namun seperti saya maklumkan pada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), saya perlukan laporan terperinci agar dapat membantu mereka termasuk pemberian RM1,000 dari Persekutuan untuk mangsa banjir,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi JPBD Lahad Datu, Firuz Idzualdeen Mohd Dzul turut memaklumkan seramai 443 mangsa banjir kini ditempatkan di ketiga-tiga PPS di daerah ini.

Bagaimanapun katanya, pihaknya berkemungkinan akan menutup PPS SMK Terusan memandangkan jumlah mangsa adalah 20 orang dan akan pulang ke kediaman mereka.

“Bagaimanapun, kami bersama agensi terlibat sentiasa membuat pemantauan berterusan di kawasan risiko banjir serta meneruskan usaha membantu di PPS agar mangsa banjir selesa dan mendapatkan kemudahan sebaik mungkin,” katanya.

Related Posts

Anggota bomba bantuan, pemilik rumah cedera dalam kebakaran

TENOM – Seorang anggota bomba bantuan dan pemilik rumah antara yang cedera dalam kebakaran rumah yang berlaku di Kampung Sri Menanti 3, Jalan Mandalom, di sini, pada malam Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

KANGAR – Perlis boleh dijadikan contoh dalam meraikan kepelbagaian kaum dan semangat Malaysia Madani meskipun mempunyai komuniti Cina yang kecil di negeri itu. Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Chan Ming…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anggota bomba bantuan, pemilik rumah cedera dalam kebakaran

Anggota bomba bantuan, pemilik rumah cedera dalam kebakaran

Lebih $53 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza – PBB

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Lebih $53 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza – PBB

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata