Banjir Kinta: Kerajaan negeri teliti punca, rancang langkah jangka pendek dan panjang – Exco

IPOH – Kerajaan Negeri Perak kini dalam fasa penelitian terperinci terhadap laporan berkaitan kejadian banjir yang melanda Daerah Kinta baru-baru ini bagi mengenal pasti punca sebenar serta merangka langkah penambahbaikan secara menyeluruh demi mengelakkan insiden berulang pada masa hadapan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, penelitian itu meliputi aspek pelaksanaan projek tebatan banjir serta keupayaan sistem perparitan sedia ada, termasuk keberkesanan penyelenggaraan dan keperluan naik taraf infrastruktur berkaitan.

Menurut beliau, keutamaan ketika ini diberikan kepada kerja-kerja pembersihan pascabanjir serta penyaluran bantuan kepada penduduk yang terjejas.

“Sejurus selepas kejadian banjir tempoh hari, pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), pasukan bantuan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah digerakkan bagi melaksanakan kerja pembersihan di kawasan terlibat.

“Setakat ini, semua usaha berjalan lancar. Dalam masa sama, kita mengumpul dan meneliti laporan bagi melihat semula langkah-langkah yang perlu dilaksanakan, termasuk projek tebatan banjir sebagai langkah pencegahan jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu banjir di Daerah Kinta pada sidang media selepas meninjau Bazar Ramadan Medan Gopeng, di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Sandrea memaklumkan kerajaan negeri turut merangka beberapa langkah jangka panjang, antaranya menaik taraf Jambatan Jalan Raja, melaksanakan kerja pelebaran dan pendalaman Sungai Pari serta meneruskan pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kinta Fasa 2 bagi menangani isu banjir secara lebih komprehensif.

Sebelum ini, Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan kejadian banjir di Kinta pada 16 Februari lalu berpunca daripada hujan lebat luar biasa di kawasan hulu Sungai Kinta dan Sungai Pari.

Menurut beliau, jumlah taburan hujan yang direkodkan melebihi 80 milimeter (mm), iaitu sebanyak 83.5mm, dalam tempoh singkat telah menyebabkan peningkatan mendadak paras air sungai.

Selain faktor hujan luar biasa, halangan aliran air di Jambatan Jalan Raja di Pintu Gerbang Gugusan Manjoi akibat paras jambatan yang rendah turut dikenal pasti sebagai antara penyumbang kepada limpahan air di kawasan berkenaan.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu