Banjir Kedah: 972 pesawah tanggung rugi RM13.5 juta

KUBANG PASU – Banjir besar yang melanda negeri Kedah baru-baru ini menyebabkan 972 pesawah dalam wilayah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) terpaksa menanggung kerugian berjumlah kira-kira RM13.5 juta.

Pengerusi LPP, Datuk Mahfuz Omar berkata, berdasarkan semakan setakat ini terdapat lebih 1,500 hektar kawasan bendang dalam wilayah itu terjejas akibat banjir.Katanya, tambah menyedihkan kebanyakan padi di kawasan tersebut hanya menanti hari untuk dituai.“Angka itu merupakan anggaran semata-mata dan belum diperincikan oleh kementerian melalui banci.

“Kebanyakan padi itu sudah mencapai umur boleh dituai iaitu antara 85 hingga 100 hari kecuali di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Ketil yang mana usia padinya baru mencecah 14 hari,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kepada pesawah yang terjejas akibat banjir dalam PPK Asun, di Kampung Paya Tok Teh.

Menurutnya, hasil tinjauan yang dilakukan oleh dirinya sendiri turut mendapati kebanyakan padi-padi itu rosak.“Ada juga padinya nampak elok tetapi tiada isi kerana sawah mereka ditenggelami air banjir. Pesawah sekarang berada dalam dilema kerana perlu membayar upah mesin jentuai bagi menuai padi yang rosak.

“Apabila sampai ke kilang pula, pasti ada pemotongan harga melalui pemeriksaan mutu atau kualiti padi. Jadi berapa sangatlah wang yang akan mereka perolehi?” katanya.

Mahfuz berkata, PPK Asun antara kawasan yang teruk terjejas melibatkan 20 daripada keseluruhan 27 unit PPK, berkeluasan 367 hektar.

“Keseluruhannya di kawasan ini terdapat 189 pesawah terjejas. Sayangnya lokasi ini merupakan antara kawasan yang mampu mengeluarkan hasil tinggi di Kedah dengan setiap relung (0.3 hektar) mampu menghasilkan 1.8 tan,” katanya.

Beliau menambah, para pesawah diharapkan dapat memberi kerjasama baik terhadap banci dijalankan pihak kementerian bagi membolehkan mereka menerima setiap bantuan yang akan diberikan kerajaan selepas ini.

“Kita harap pihak Jabatan Pertanian akan cepat melakukan proses banci dan pesawah dapat memberi kerjasama sepenuhnya dengan memberi maklumat tepat.

“Saya harap kalangan pesawah bersabar untuk mengikuti proses ditetapkan dan menanti kerana perkara ini perlu dilaksanakan secara terperinci,” katanya.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM