Bahasa Melayu tidak boleh dikompromi dalam pendidikan – Agong

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menitahkan agar sistem pendidikan negara terus diperkukuh sebagai teras utama pembinaan bangsa, pengukuhan jati diri serta penentu masa hadapan negara.

Sultan Ibrahim menitahkan sebarang usaha untuk memperkenalkan atau mengiktiraf sistem pendidikan baharu hendaklah dilaksanakan selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, dengan Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa utama kerana kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan.

“Oleh itu, sebarang usul untuk mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain, mesti terima Bahasa Melayu dan sejarah Malaysia. Kalau ada yang tak terima Bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia,” titahnya.

Titah Baginda ini disampaikan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas di Parlimen, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Seri Paduka Baginda turut menyambut baik langkah kerajaan dalam memperkukuh kerangka perundangan berkaitan pilihan raya, institusi demokrasi serta pendanaan politik bagi memastikan tadbir urus negara yang lebih telus dan berintegriti.

“Ia termasuk usaha untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal, atau 10 tahun, mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, pengenalan Akta Kebebasan Maklumat dan Institusi Ombudsman,” titahnya.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia