‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

KOTA KINABALU – Usaha memperkukuh keupayaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Sabah terus dipergiat bagi memastikan tahap kesiapsiagaan operasi dan keselamatan awam sentiasa berada pada tahap optimum, khususnya di kawasan tumpuan pelancong.

‎Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Mustapha Sakmud berkata, pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan termasuk pembangunan kemudahan baharu serta penambahan aset moden bagi mempercepatkan operasi menyelamat.

‎”Bagi tujuan tersebut, sebuah bangunan baharu bagi operasi APM Zon Kota Kinabalu akan dibangunkan di tapak yang telah digazet di Tanjung Aru dan dijangka siap dalam tahun ini.

‎“Pembangunan ini penting bagi menempatkan anggota serta aset APM di bawah satu operasi yang lebih tersusun dan efisien.

‎”Ia juga akan menempatkan 45 anggota APM Zon Kota Kinabalu yang bertanggungjawab mengendalikan operasi serta menguruskan aset sedia ada di kawasan berkenaan,” kongsinya kepada pemberita, di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, peranan APM bukan sahaja penting dalam menjaga keselamatan rakyat, malah turut menyumbang kepada imej negara, khususnya di kawasan pelancongan.

‎”Bagi memastikan keselamatan pelancong di Pantai Tanjung Aru, Menara Penyelamat APM di kawasan ini  dilengkapi teknologi baharu dikenali sebagai ‘Dolphin’ iaitu peralatan kawalan jauh yang digunakan dalam operasi menyelamat di air.

“Penggunaan aset ini mampu mempercepatkan respons menyelamat berbanding kaedah manual sebelum ini, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan orang awam” ujarnya selepas meninjau lokasi berkenaan.

‎Menurut Mustapha, APM memainkan peranan besar dalam memastikan keselamatan pengunjung sentiasa terjamin, sekali gus memberi keyakinan kepada pelancong yang datang ke negeri ini.

‎Turut hadir pada lawatan tersebut ialah Ketua Pesuruhjaya APM, YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin Abd Rahman; Pengarah APM Negeri Sabah, YS TPj. (PA) Mohd Yusoff Samad dan Timbalan Pengarah APM Negeri Sabah, Lt. Kol. (PA) Erwin @ Elverowen Kinsui.

Related Posts

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

KUALA KANGSAR – Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan maut dengan kesan kecederaan di bahagian betis dipercayai akibat ditikam di kediamannya di Kampung Cheh Hilir, Kati, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

KABONG – Tindakan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang menjadikan sebuah kedai runcit sebagai lokasi menawarkan perkhidmatan tambah nilai judi dalam talian membawa padah apabila dia ditahan di Pekan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian