Anwar tak perlu letak jawatan, pemisahan kuasa PM dan badan kehakiman telus — Hassan Karim

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sewajarnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri walaupun selepas semakan kehakiman berhubung Titah Adendum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, Anwar perlu dipuji atas komitmen dan ketelusan Kerajaan Madani menerusi kebebasan kehakiman.

“Anwar Ibrahim secara peribadi dan sebagai perdana menteri tidak boleh menjawab secara sewenang-wenang sama ada Titah Adendum itu ada atau tidak ada.

“Dalam hal ini kredit atau pujian wajar diberi kepada perdana menteri yang berulang kali menjawab dan menjelaskan di dalam Parlimen atau di luar Parlimen bahawa kerajaan dan beliau khususnya sebagai perdana menteri tidak boleh menggangu perjalanan prosiding mahkamah dan keputusan hakim-hakim,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, Anwar tidak terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pada Isnin, Mahkamah Rayuan memberikan kebenaran kepada Najib bagi meneruskan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi dan kerajaan juga telah mengesahkan kewujudan Titah Adendum bagi melaksanakan arahan supaya baki hukuman penjara dijalankan di bawah tahanan rumah.

Dalam pada itu Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari untuk mendesak Anwar meletak jawatan dengan alasan tindakan kerajaan itu melanggar hak Najib untuk perbicaraan dan keadilan yang adil.

Mengulas lanjut, Hassan berpendapat, Anwar memahami batasan pengasingan antara fungsi Perdana Menteri dan peranan, tanggungjawab Peguam Negara dan badan kehakiman.

“Apakah kita mahu perdana menteri campur tangan dalam kerja-kerja profesional peguam-peguam kerajaan yang disebut Fedefal Counsel dan Peguam Negara di Jabatan Peguam Negara?

“Tentu kita tidak mahu perdana menteri terpaksa lakukan sampai ke peringkat itu,” katanya.

Tambahnya, menerusi keputusan itu, menunjukkan ketelusan institusi kehakiman di Malaysia bahawa keputusan oleh cabang eksekutif dan Lembaga Pengampunan boleh dicabat dan disemak oleh mahkamah.

“Prinsip pemisahan kuasa berjalan baik di Malaysia.

“Najib belum menang secara total. Dia perlu berdepan satu perbicaraan penuh substiantif semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Di sana nanti, Najib mungkin menang atau mungkin kalah,” katanya.

Terdahulu, titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan bekas perdana menteri menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

SANDAKAN – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada warganegara dalam pelaksanaan bantuan kepada mangsa terjejas bencana kebakaran, namun aspek kemanusiaan tetap diutamakan tanpa mengira status, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti