Pas hiris hati Muhyiddin, PN retak menanti belah

TINDAKAN Pas yang secara tiba-tiba menyokong Datuk Seri Najib Razak menunjukkan gabungan parti pembangkang dalam Perikatan Nasional (PN) sedang menuju retak menanti belah.

Tanpa menghiraukan perasaan Bersatu, Pas tanpa segan silu mengarahkan seramai mungkin ahlinya untuk hadir ke Istana Keadilan Putrajaya semalam sebagai tanda solidariti kepada bekas Perdana Menteri itu dalam isu Titah Adendum.

Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, kemelut dalaman PN kian terserlah berikutan tiada hala tuju jelas dalam politik sekali gus menunjukkan persefahaman politik parti komponen dalam PN kian rapuh.

“Apakah tindakan Pas yang menyokong Najib kononnya sebagai solidariti di mahkamah semalam tidak menyinggung perasaan Bersatu terutamanya Presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin?

“Walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada Muhyiddin mengenainya, tetapi kita faham tertubuhnya Bersatu itu adalah akibat kemarahan bekas ahli-ahli Umno terhadap Najib satu ketika dulu.

“Pas tak mengendahkan langsung Bersatu, tak jaga hati Bersatu dan Muhyiddin, ini menunjukkan terdapat hala tuju politik yang berkecamuk dalam PN sekali gus menunggu masa untuk rebah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas berkata, Pas cuba meraih laba politik daripada isu Titah Adendum ini untuk mencari kekuatan baru politik sambil tidak lagi bergantung harap dengan Bersatu.

“Itulah Pas yang sebenar, apabila berjanji dia mungkiri, apabila berkawan dia khianat, UMNO dah pernah kena dalam Muafakat Nasional (MN) dulu. Pas ibarat sesumpah yang boleh bertukar warna mengikut kepentingannya.

“Pas bukan nak sangat membela Najib, tetapi inilah kegilaan politik Pas yang sanggup menjilat ludah mereka sendiri demi kepentingan politik setelah mereka tahu PN semakin pudar dan lemah walaupun terpaksa menyinggung perasaan Bersatu.

“Pas tahu pengaruh Bersatu kian pudar di mata rakyat apabila PN tewas dalam tiga daripada empat pilihan raya kecil tahun lepas, maknanya Bersatu ini tidak boleh harap lagi, ini isyarat kepada Muhyiddin bahawa Pas adalah abang besar dalam PN.

“Pas nak cari kekuatan baru setelah mereka terasa tertipu dengan Bersatu yang menguasai pucuk pimpinan PN, mereka dipinggirkan walaupun mereka menang banyak kerusi pada pilihan raya lalu. Jelas Muhyiddin semakin sukar menjadi nakhoda PN ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Azhar kesal terhadap Pas yang menunggang isu Titah Adendum Najib hanya untuk menghasut orang Melayu khususnya orang UMNO membenci Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sejak semalam, saya perhati satu persatu akaun media sosial pemimpin Pas yang hadir di Putrajaya.

“Tak ada seorang pun yang menzahirkan rasa syukur di atas kejayaan Datuk Seri mendapatkan pengesahan kewujudan Titah Adendum tahanan rumah, semalam.

“Jadinya apa? Jadinya inilah permainan politik Pas, tujuan mereka hadir semalam bukan untuk menghayati perjuangan Najib, tapi mencari peluang untuk balun kerajaan semata mata, hasut rakyat benci kerajaan, hasut orang UMNO benci parti dan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Pas baik ada makna, baik ada makna tu, jadi janganlah orang UMNO terpedaya dengan permainan pembangkang, Pas kian terdesak, sanggup langgar prinsip politik mereka, khianati rakan demi keuntungan politik mereka, jadi kita kena jauhi parti bagai sesumpah ini,” katanya.

Related Posts

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

“APA yang kau merepek ni, Setan!” dialog legenda Ahmad Nisfu dalam filem Seniman Bujang Lapok ini kini terasa sangat relevan dengan gelagat politik semasa, terutamanya apabila melihat bagaimana PAS bertindak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

KOTA KINABALU – Isu air dan tenaga merupakan dua perkara yang perlu ditangani di Sabah sebaik mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka