4,699 siaran media sosial berkait perjudian, penipuan dalam talian diturunkan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,699 siaran media sosial daripada pelbagai platform telah berjaya diturunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam tempoh tujuh hari yang lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, daripada kesemua jumlah yang direkodkan tersebut, 72 peratus adalah siaran berkaitan perjudian dalam talian manakala 14 peratus yang lain adalah siaran berkaitan penipuan.

“Siaran berkaitan hanya dua isu ini sudah membentuk kira-kira 86 peratus dan kami akan terus memantau dan mengawal selia posting yang dianggap haram,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC 2025), di sini, pada Selasa.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Fahmi berkata, MCMC telah menyekat lebih 3.1 bilion panggilan penipuan dan memproses hampir 12,000 aduan pada 2024.

“Ini adalah satu peristiwa penting yang menggariskan komitmen Malaysia untuk memerangi ancaman siber dan memupuk persekitaran digital yang lebih selamat.

“Ia adalah penting untuk mengimbangi kemajuan teknologi dengan peraturan yang kukuh bagi memastikan rakyat akan terus mencapai pertumbuhan teknologi yang mampan.

“Walaupun teknologi memacu kemajuan, kita mesti memastikan ia dilengkapi dengan peraturan yang melindungi pengguna dan menggalakkan inovasi,” katanya.

Mengenai IRC 2025, Fahmi berkata, antara usaha Malaysia untuk bekerjasama dengan rakan serantau dalam ASEAN adalah untuk mewujudkan standard digital bersama dan memupuk inovasi dalam kalangan negara anggota pertubuhan itu dan seterusnya.

“Sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia berhasrat untuk menerajui pembangunan dasar serantau yang memfokuskan kepada keselamatan siber dan akses saksama kepada teknologi, memastikan rantau ini kekal berdaya saing di peringkat global,” katanya yang turut merasmikan robot kecerdasan buatan (AI) versi Malaysia bernama Ahmad pada majlis itu.

Sementara itu, Persidangan IRC 2025 selama dua hari merangkumi topik utama termasuk keselamatan siber, telekomunikasi dan teknologi baru muncul seperti AI dan pengkomputeran kuantum.

IRC 2025 berfungsi sebagai platform untuk peneraju industri, penggubal dasar dan inovator untuk bekerjasama dalam membina landskap digital yang selamat dan inklusif untuk masa hadapan.

Related Posts

Isu binaan haram dan kepentingan negara

RAMAI mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) begitu tegas terhadap para pendemo berkaitan isu kuil haram. Ada yang menafsirkannya sebagai sikap keras terhadap kebebasan bersuara. Namun tafsiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Realiti ekonomi Terengganu: Angka besar belum tentu ubah nasib rakyat

POSTER propaganda yang mendakwa Terengganu kini ‘bersih, telus dan maju tanpa rasuah’ mungkin kelihatan meyakinkan di atas kertas. Angka untung ratusan juta, hutang berkurang dan pengiktirafan indeks ketelusan digunakan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang