Anwar, Prabowo bincang tarif baharu AS

PERTEMUAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, di Putrajaya, membincangkan mengenai isu serantau yang penting termasuk tarif baharu yang diterapkan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara ASEAN.

Perdana Menteri berkata, pertemuan itu juga menyentuh usaha dan tindakan bersama dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat di Myanmar yang terkesan akibat bencana gempa baru-baru ini.

“Semoga semangat Aidilfitri terus memperkuat hubungan persaudaraan dan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia atas nama keamanan dan kesejahteraan serantau,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Pesawat khas membawa Prabowo serta delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 5.52 petang tadi.

Ketibaan Prabowo disambut Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Shahrol Anuwar Sarman, yang kemudiannya melintasi barisan kawalan kehormatan statik oleh 28 pegawai serta anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) diketuai Kapten Nor Saifullah Mahmad @ Mohammed.

Prabowo kemudian menghadiri majlis makan malam secara tertutup sebelum berlepas pulang malam ini.

Ini adalah lawatan ketiga Prabowo ke Malaysia sejak memegang jawatan itu pada Oktober 2024.

Media antarabangsa hari ini melaporkan pertemuan kedua-dua pemimpin itu adalah kunjungan sempena Aidilfitri serta penghormatan kepada Anwar sebagai seorang daripada pemimpin ASEAN.

Malaysia secara rasmi memegang jawatan Pengerusi ASEAN bermula awal tahun ini, dengan Tema Kepimpinan ASEAN 2025 Malaysia adalah ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.

Sebelum ini, Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Related Posts

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Oleh: Nazirul Haziq, Tengku Majid, Hafiq Hassan, Mohamad Fikri & Helda Julie MELAKA – Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bertindak proaktif dalam melindungi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri