Anwar dinamakan tokoh Muslim ke-15 berpengaruh di dunia

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disenaraikan di tempat ke-15 tokoh muslim paling berpengaruh di dunia dalam `The World’s 500 Most Influential Muslims’ edisi 2025 diterbitkan Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC).

Selain itu, penerbitan edisi terbaharu buku berkenaan turut menyenaraikan beliau di tempat kesembilan bagi kategori pemimpin dan ahli politik.

Bagi edisi 2024, Anwar menduduki tangga ke-17.

RISSC adalah pusat kajian bebas bernaung bersama Institut Pemikiran Islam Diraja Aal al-Bayt, beribu pejabat di Amman, Jordan.

Menurut The World’s 500 Most Influential Muslims, Anwar mencipta kemuncak perjalanan politik menjangkau tiga dekad apabila beliau menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November 2022.

Katanya, kelantangan Anwar terserlah dalam isu Gaza apabila tampil memperjuangkan hak rakyat Palestin dengan menentang pencerobohan haram regim Zionis.

Penerbitan itu turut menekankan mengenai kejadian syarikat gergasi teknologi Meta menurunkan hantaran Anwar terhadap pemimpin Palestin yang dibunuh, Ismail Haniyeh.

“Pertemuan beliau dengan pegawai Hamas (termasuk pemimpin Hamas yang dibunuh Ismail Haniyeh) mendapat kritikan dari Amerika Syarikat.

“Catatan media sosialnya menyampaikan ucapan takziah selepas pembunuhan Ismail Haniyeh diturunkan, mendorongnya untuk menyelar Meta,” katanya.

The World’s 500 Most Influential Muslims bagi edisi terbaharu itu menyenaraikan Raja Jordan Raja Abdullah di tempat pertama diikuti ulama dan Pengarah Dar Al Mustafay Tarim Yaman, Sheikh Al-Habib Umar bin Hafiz.

Selain itu, Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani; pemimpin tinggi Iran, Ayatollah Sayyid Ali Khamenei dan Raja Arab Saudi, Raja Salman.

Berada setingkat di atas Anwar adalah Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman.

Turut berada dalam senarai adalah Presiden Indonesia, Joko Widodo; Perdana Menteri Interim Bangladesh, Muhammad Yunus, dan Datuk Bandar London, Sadiq Khan.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan