Rafizi ajak Wan Ahmad Fayhsal debat rancakkan ekonomi dengan ‘cetak wang’

MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli mengajak Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk berdebat mengenai ‘bagaimana merancakkan ekonomi dengan mencetak wang’ .

Menerusi hantaran di X, Rafizi berkata, perkara ini perlu dibahaskan kerana ia adalah idea paling bernas mengenai ekonomi pernah datang dari Perikatan Nasional (PN).

“Walaupun debat live ni menyebabkan kos yang besar kepada penganjur (airtime dll), demi ekonomi Malaysia, saya sudi berbincang dengan RTM, Astro dan lain-lain,” katanya di X pada Jumaat.

Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan Indah mengulas lanjut maklum balas daripada Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu menyindir mengatakan sesi podcast yang dijalankannya bukanlah debat secara langsung.

Wan Ahmad Fayhsal dalam satu kenyataan balas di X kepada seorang pengguna media sosial, turut mencabar pihak kerajaan untuk berdebat mengenai isu Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Global Infrastructure Partners (GIP) dan Blackrock.

Rafizi pada tahun lalu, pernah berdebat bersama Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman menerusi tajuk Model Baharu Ekonomi Malaysia.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James