
ISU Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (PSB) atau Urban Renewal Act (URA) telah menjadi polemik dalam masyarakat sekarang.
Pelbagai naratif dimainkan pembangkang termasuk menyentuh isu-isu sensitif berkaitan kaum, agama dan raja (3R) termasuk tohmahan kepada menteri dan warga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Sehinggakan ada sebahagian pembangkang mengadakan demonstrasi dan juga sidang akhbar untuk berterusan memainkan isu ini.
Namun begitu, sebenarnya pelbagai sesi libat urus telah dijalankan oleh KPKT termasuk dengan semua kerajaan negeri di bawah pembangkang. Menariknya kesemua kerajaan negeri di bawah pembangkang sebenarnya telah menyatakan persetujuan mengenai RUU ini secara prinsip melalui sesi libat urus yang dijalankan sebelum ini.
Persoalannya kenapa pihak pembangkang berbohong kepada rakyat mengenai isu ini. Kenapa menyembunyikan penglibatan kerajaan negeri di bawah pembangkang di dalam sesi libat urus?
Juga kenapa pembangkang berterusan menunggang isu RUU ini sehingga memainkan isu perkauman dan agama?
Ternyata pihak pembangkang bersifat munafik dan sanggup berbohong semata-mata untuk menunggang isu ini hanya kerana ada peluang mendapat laba politik daripada permainan persepsi sempit serta melampau.
Pembangkang sepatutnya bersikap matang, dengan memikirkan kepentingan rakyat lebih utama daripada cita-cita politik yang hanya menguntungkan sebilangan pihak dan merugikan majoriti rakyat.







