ABIM Sabah kecewa tindakan persenda Mufti, anggap tidak beradab

KOTA KINABALU – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah menzahirkan rasa kecewa terhadap tindakan segelintir pihak yang menjatuhkan martabat Institusi Mufti khususnya Pejabat Mufti Sabah melalui komen dan sindiran di media sosial.

Yang Dipertua ABIM Sabah, Mohd Zikri Zainudin berkata, tindakan mempersendakan serta mencela Sahibus Samahah Mufti dan Timbalan Mufti bukan sahaja tidak beradab, malah boleh dikategorikan sebagai satu bentuk buli siber.

Jelasnya, kenyataan rasmi Pejabat Mufti Sabah telah menjelaskan bahawa Mufti dan Timbalan Mufti tidak terlibat dalam proses penggalian semula jenazah Allahyarhamah Zara Qairina, seperti yang didakwa dalam video ‘Penggali Kubur’ yang kini tular.

“Namun, cerita si penggali kubur memetik dua individu ini seolah-olah membenarkan perkara ini dan menokok tambah cerita agar lebih sensasi (merujuk kepada video ‘Penggali Kubur’ yang sedang viral).

“Video tersebut jelas menokok tambah cerita sehingga menimbulkan persepsi salah. Sedangkan perbuatan ini dilarang dalam Islam, sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Hujurat,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Beliau menegaskan, Sahibus Samahah Mufti juga telah mengeluarkan Irsyad Hukum Ziarah Kubur sebagai panduan kepada masyarakat agar tidak melampaui batas (ghuluw) serta mengamalkan sikap sederhana (wasatiyyah) dalam berhadapan isu berkenaan.

“Islam mendidik kita untuk wasatiyyah dalam semua hal agar kita menjadi insan yang adil, meletakkan sesuatu pada tempatnya dengan betul dan tidak berlebih-lebihan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata masyarakat kini lebih dipengaruhi emosi berbanding fakta, sehingga budaya tabayyun atau menyelidik kebenaran semakin terhakis.

“Ramai hanya membaca tajuk (headline) tanpa meneliti isi kenyataan penuh. Akhirnya wujudlah kesimpulan terburu-buru, fitnah, kecaman serta sindiran yang tidak berasas,” tegasnya.

Sehubungan itu, ABIM Sabah menyeru pihak media agar lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat.

“Janganlah cuma ambil sekerat tanpa membuat penjelasan menyeluruh dan membuat ‘click bait’, demi untuk mengumpan orang ramai untuk klik sahaja dan komen secara membuta tuli,” ujarnya.

Pihaknya turut berharap agar Kementerian Komunikasi dan Kementerian Dalam Negeri memperkukuh kawalan terhadap tajuk berita di media sosial supaya tidak menimbulkan kekeliruan masyarakat.

“Institusi Mufti adalah benteng akidah umat Islam dan wajar dipertahankan. Janganlah hanya kerana tajuk sekerat, institusi ini diperlekehkan,” katanya.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan