ABIM Sabah gesa masyarakat berhikmah tangani isu kematian Zara Qairina

KOTA KINABALU – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah menggesa orang ramai menanggapi isu kematian Allahyarhamah Zara Qairina dengan penuh berhikmah dan berhemah, selain mengelakkan penyebaran maklumat tidak sahih, fitnah serta tuduhan yang boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Yang Dipertuanya, Mohd Zikri Zainudin berkata, masyarakat perlu memberi ruang kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan secara telus dan profesional tanpa tekanan daripada spekulasi atau dakwaan tidak berasas di media sosial.

“Islam mengangkat martabat insan dan melarang perbuatan tajassus serta fitnah.

“Justeru, masyarakat perlu menapis maklumat, mengelakkan andaian dan merujuk sumber sah seperti peguam keluarga atau kenyataan rasmi pihak terlibat,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Tambahnya, beliau turut mengingatkan orang ramai agar mengambil iktibar daripada Surah Al-Hujurat ayat 6 dan 12 yang menasihatkan umat Islam supaya menyelidik berita sebelum mempercayainya serta menjauhi prasangka, mengintai aib dan mengumpat yang boleh mencetuskan perpecahan.

Katanya lagi, turut mencadangkan agar kes ini tidak dijadikan bahan untuk menyebarkan kebencian atau menjatuhkan maruah mana-mana pihak, sebaliknya segala maklumat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Sehubungan dengan itu, pertubuhan itu memohon pihak berautoriti seperti Kementerian Pendidikan Malaysia serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi sokongan psikologi dan emosi kepada keluarga mangsa, pelajar serta guru-guru yang terkesan.

“Semua pihak perlu mengawal emosi, mengelak membuat andaian atau spekulasi, serta tidak mempolitikkan insiden berkenaan demi mengelakkan perpecahan.

“ABIM Sabah menyeru masyarakat terus mendoakan agar roh Allahyarhamah Zara Qairina ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan soleh serta memohon agar keadilan dapat ditegakkan demi menjaga keamanan dan keharmonian bersama,” katanya.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO