Dasar Bekerja Dari Rumah penjawat awam hampir dimuktamadkan – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kerajaan kini berada pada peringkat akhir memperhalusi Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi penjawat awam sebagai sebahagian daripada langkah memperkukuh pengaturan kerja fleksibel dalam menghadapi cabaran ekonomi global.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri telah menerima taklimat terkini berhubung perkembangan dasar tersebut, dengan beberapa perkara terakhir masih dalam proses pemuktamadan sebelum pengumuman rasmi dibuat.

Beliau berkata, butiran lanjut mengenai pelaksanaan dasar berkenaan akan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam masa terdekat.

“Ketua Setiausaha Negara memaklumkan terdapat beberapa perkara terakhir yang sedang diperhalusi sebelum dasar ini boleh diumumkan, termasuk kaedah pelaksanaannya dalam sektor awam.

“Dasar BDR ini akan dibuat secara berperingkat dan bukan hanya tertakluk pada Putrajaya, tetapi dalam fasa pertama akan babitkan kawasan lain juga.

“Perincian mengenai perkara ini akan diumumkan oleh Tan Sri Ketua Setiausaha Negara tidak lama lagi,” katanya pada sidang media mingguan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, kerajaan turut menggalakkan sektor swasta meneliti pendekatan sama, khususnya selepas sebahagian syarikat masih meneruskan amalan kerja fleksibel sejak pandemik COVID-19.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Shamsul Azri juga diarahkan menilai semula proses permohonan lesen perniagaan yang melibatkan pelbagai agensi dan kementerian bagi memastikan urusannya lebih cekap serta tidak membebankan pihak industri.

Menurutnya, kerajaan mengambil maklum terdapat permohonan lesen tertentu yang memerlukan penyelarasan daripada banyak jabatan sehingga menyebabkan tempoh kelulusan menjadi terlalu panjang atau tidak munasabah.

“Ketua Setiausaha Negara sudah diarahkan untuk meneliti perkara ini dan seterusnya melaporkan kepada Jemaah Menteri mengenai usaha mengurangkan kerenah birokrasi dalam proses permohonan lesen.

“Langkah itu penting bagi membantu sektor industri, perniagaan dan pelaburan yang mungkin terkesan dengan keadaan ekonomi global ketika ini,” katanya.

Related Posts

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-149 hari ini menumpukan perbincangan terhadap pelbagai strategi bagi menangani ketidaktentuan global yang semakin mencabar susulan konflik yang berlarutan di Asia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

KENYATAAN Presiden Pas dalam tulisan Minda Presiden bertajuk ‘Pas tidak pisahkan politik daripada Islam (Al-Din)’ yang menjelaskan keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu atas alasan pelanggaran prinsip syariah, kemungkaran politik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat