Jambatan baharu Kg Sungai Chatel Damai, Lata Rek siap dibina

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli

KUALA KRAI – Kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri (Unit Penyelarasan Pelaksanaan – ICU JPM) telah menyiapkan jambatan baharu jenis keluli di Sungai Chatel Damai, Kampung Chatel, Lata Rek, sebagai langkah segera menggantikan jambatan gantung lama yang runtuh awal tahun ini.

Insiden runtuhan yang berlaku pada 1 Januari 2026 kira-kira jam 2 petang dipercayai berpunca daripada muatan berlebihan apabila seramai 50 orang berada di atas jambatan secara serentak. Selain itu, faktor struktur kayu dan kabel keluli yang telah uzur serta ketiadaan penyelenggaraan berkala turut menyumbang kepada kejadian tersebut.

Jambatan gantung asal yang dibina pada tahun 2002 itu telah berusia lebih dua dekad dan menjadi laluan utama penduduk kampung untuk urusan harian. Kejadian berkenaan menimbulkan keperluan mendesak bagi pembinaan struktur baharu yang lebih selamat dan tahan lasak.

Sejurus kejadian, Perdana Menteri mengarahkan supaya kerja-kerja penggantian jambatan dilaksanakan segera. Pada 2 Januari 2026, pasukan teknikal ICU JPM Kelantan telah turun padang meninjau lokasi, manakala penduduk kampung bergotong-royong membina laluan sementara bagi kegunaan pejalan kaki.

Hasil mesyuarat penyelarasan pada 7 hingga 8 Januari 2026 yang melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta KESEDAR, cadangan pembinaan jambatan keluli telah dipersetujui. Struktur ini dipilih kerana lebih kukuh, cepat dibina dan mampu menampung penggunaan kenderaan ringan seperti motosikal, kereta serta lori kecil.

Projek tersebut siap sepenuhnya dan diserahkan secara rasmi pada 15 Mac 2026 dalam satu majlis yang disempurnakan oleh wakil ICU JPM Kelantan kepada pihak KESEDAR, dengan kehadiran agensi berkaitan termasuk JPS, Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai serta JKR daerah.

Pembinaan jambatan baharu ini dijangka memberi impak besar kepada komuniti setempat, khususnya dalam meningkatkan keselamatan, melancarkan pergerakan harian serta merancakkan aktiviti ekonomi penduduk di kawasan Lata Rek. Langkah pantas kerajaan ini turut mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kesejahteraan rakyat luar bandar sentiasa terpelihara melalui penyediaan infrastruktur yang lebih selamat dan berkualiti.

Related Posts

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

GEORGE TOWN – Angkara teguran, seorang warga emas menetak abang kandungnya sehingga cedera parah dengan parang dalam satu pertengkaran di sebuah rumah kebun durian di Paya Terubong, Air Itam di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

ALOR SETAR – Penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter serta pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar menerusi program Budi MADANI yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini menunjukkan kesediaan kerajaan mendengar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat