Belia aset utama jayakan Malaysia MADANI – KP JKOM

IPOH – Golongan belia disifatkan sebagai aset penting negara yang perlu tampil lebih peka, bijak dan bertanggungjawab dalam memperkukuh peranan mereka sebagai pemacu utama agenda Malaysia MADANI.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, belia bukan sahaja bakal mewarisi kepimpinan negara, malah berperanan sebagai pencetus, penggerak dan pemangkin perubahan dalam masyarakat yang semakin mencabar.

Menurutnya, landskap semasa khususnya perkembangan pesat media sosial menuntut perubahan dalam cara berfikir, berinteraksi dan bertindak dalam kalangan generasi muda.

“Jika kita gagal mengurus perubahan yang berlaku di sekeliling kita, maka perubahan itu sendiri akan mengurus masa depan kita,” katanya dalam ucapan aluannya sempena Program Satelit Komuniti Rakyat MADANI (PKRM): Belia Prihatin Negara MADANI di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, di sini pada Rabu.

Beliau menegaskan bahawa perubahan perlu bermula dari dalam diri setiap individu dengan belia dilihat sebagai pemangkin utama dalam membentuk Malaysia MADANI yang progresif dan mampan.

Tambahnya, penganjuran program berkenaan turut menggariskan lima objektif utama iaitu memperkukuhkan kesedaran kenegaraan, meningkatkan integrasi digital, menyemai nilai santunan komuniti, memperkasakan jalinan strategik serta membentuk belia holistik.

“Usaha ini selaras dengan matlamat melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu, tetapi mampu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan kesedaran terhadap peranan mereka kepada negara,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesional), Amzan Abd Malek berkata, golongan belia perlu memainkan peranan lebih proaktif dengan menjadi generasi yang peka, bijak dan bertanggungjawab dalam mendepani cabaran semasa.

Menurutnya, pendekatan pendidikan masa kini tidak lagi boleh bergantung kepada kaedah konvensional semata-mata, sebaliknya perlu digabungkan dengan kemahiran insaniah, nilai murni serta keupayaan berfikir secara kritis dan kreatif.

Beliau berkata, usaha melahirkan generasi seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani perlu diperkukuh menerusi pelaksanaan program berimpak tinggi seperti PKRM.

“Program ini bukan sekadar aktiviti rutin, tetapi satu inisiatif strategik yang menyokong agenda pembangunan pendidikan negara, khususnya dalam memperkasa modal insan dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru semua pihak termasuk pentadbir dan bakal pendidik agar terus berganding bahu memastikan setiap inisiatif pendidikan memberi impak maksimum kepada pembangunan sahsiah dan negara.

Program anjuran JKOM itu bertemakan ‘Peka, Bijak dan Bertanggungjawab’ diharap dapat menjadi platform kepada peserta untuk menimba ilmu, membina jaringan serta meningkatkan potensi diri selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Related Posts

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

KUALA LUMPUR – Usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi fenomena El Nino perlu diberi keutamaan kerana tindakan pencegahan dan persediaan rapi mampu mengurangkan impak cuaca ekstrem yang semakin sukar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mempergiat usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara melalui beberapa kerjasama strategik di peringkat antarabangsa, termasuk perjanjian hidrokarbon jangka panjang dengan Turkmenistan yang dijangka dimeterai pada 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu