Stok beras mencukupi sehingga akhir tahun, rakyat diminta bertenang

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberi jaminan bekalan beras negara mencukupi sehingga hujung tahun ini selagi orang ramai tidak melakukan pembelian panik atau menyimpan stok secara berlebihan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keadaan bekalan semasa masih stabil dan mampu menampung keperluan domestik jika pengguna membeli seperti biasa.

Menurut beliau, tindakan membeli dalam jumlah luar biasa boleh menjejaskan kestabilan pasaran sekali gus mempercepatkan kehabisan stok.

“Jika kebiasaannya pengguna membeli satu beg 10 kilogram sebulan, jangan tiba-tiba membeli sehingga empat beg kerana tindakan itu boleh mengganggu pasaran.

“Stok yang sepatutnya mampu bertahan lebih lama boleh habis dalam tempoh singkat jika berlaku pembelian panik,” katanya menerusi perkongsian di akaun Facebook miliknya, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, gangguan pasaran boleh menyebabkan bekalan yang mencukupi menjadi terhad, sekali gus memberi kesan kepada kenaikan harga, terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Sehubungan itu, menurut beliau, orang ramai digesa mengamalkan perbelanjaan berhemah dan membeli mengikut keperluan bagi memastikan jangka hayat bekalan beras dapat dipanjangkan.

“Kerajaan turut mempunyai stok penimbal beras yang diurus secara sistematik bagi menjamin bekalan berterusan. Setiap pengeluaran stok akan diganti semula dalam tempoh terdekat bagi memastikan paras bekalan kekal mencukupi.

“Jika kita keluarkan 1,000 metrik tan beras, jumlah yang sama akan ditambah semula dalam masa terdekat. Sistem ini memastikan bekalan sentiasa berterusan dan mencukupi,” katanya.

Tambahnya, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai bekalan beras, sebaliknya perlu memainkan peranan dengan tidak membuat pembelian panik serta mengamalkan sikap berjimat cermat.

“Jika semua pihak bekerjasama, situasi ini dapat diurus dengan baik dan kekal terkawal,” katanya.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit