29 kes denggi direkod, 1 ’hotspot’ dikenal pasti

TAWAU – Sebanyak 29 kes denggi direkodkan sepanjang Mac lepas di lapan lokaliti wabak denggi aktif dengan satu lokaliti ’hotspot’ di Tawau.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr. Shameer Khan Sulaiman berkata, sembilan kes dicatatkan dalam tempoh 33 hari di lokaliti hotspot iaitu di Tanjung Batu, Kampung Pukat Laut (Jambatan Ikan).

”Tujuh lokaliti lain yang dikategorikan sebagai lokaliti wabak terkawal ialah adalah Taman Hotspring Jaya (6 kes), Kampung Senang Hati Batu 4 1/2 (4 kes), Tanjung Batu Pukat Darat (2 kes) dan Taman Victoria ( 2 kes).

“Seterusnya, di Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman (2 kes), Kampung Sri Aman Batu 3 1/2 Apas (2 kes) dan Kampung Rawa-Rawa (2 kes),” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Menurut Shameer, semua kes di lokaliti berkenaan berada dalam pemantauan rapi pihak kesihatan.

“Kita akan terus mempergiatkan aktiviti kawalan termasuk pemeriksaan kawasan pembiakan nyamuk Aedes dan aktiviti semburan bagi mengekang penularan.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan persekitaran dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk bagi mengelak peningkatan kes,” tegasnya.

Related Posts

2 bas persiaran, 1 SUV kemalangan di Genting

KUANTAN – Tujuh warga Nepal cedera selepas sebuah bas persiaran membawa 36 penumpang terbalik dalam kemalangan melibatkan dua bas persiaran dan sebuah kenderaan utiliti sukan di KM15 jalan turun Genting…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Korban jadi isu politik? Rakyat Kemaman berhak tanya soalan yang sama kepada Samsuri

Korban jadi isu politik? Rakyat Kemaman berhak tanya soalan yang sama kepada Samsuri

PSG kekal ‘Raja Bola sepak Eropah’ selepas kalahkan Arsenal

PSG kekal ‘Raja Bola sepak Eropah’ selepas kalahkan Arsenal

2 bas persiaran, 1 SUV kemalangan di Genting

2 bas persiaran, 1 SUV kemalangan di Genting

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar