Jepun aibkan England di Wembley

SKUAD Jepun melakar sejarah tersendiri apabila mencatatkan kemenangan sulung ke atas England dengan keputusan 1-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley.

Jaringan tunggal bintang Brighton, Kaoru Mitoma pada awal perlawanan memadai untuk pasukan Samurai Blue menamatkan penantian panjang bagi menewaskan The Three Lions buat kali pertama.

Sebelum ini, Jepun tewas dua kali dan seri sekali dalam pertemuan terdahulu, namun dalam aksi pertama kedua-dua pasukan sejak 2010 itu, anak buah Hajime Moriyasu membuktikan mereka kini adalah kuasa besar yang perlu dihormati.

Kemenangan itu juga menyaksikan England dimalukan di laman sendiri apabila tewas buat kali pertama kepada negara Asia dalam 11 perlawanan, sekali gus mengundang sorakan ‘boo’ daripada penyokong tuan rumah.

Jepun yang kini menghuni tangga ke-18 ranking FIFA berada dalam momentum terbaik dengan lima kemenangan berturut-turut termasuk menewaskan Brazil pada Oktober lalu dan menang 1-0 ke atas Scotland, Sabtu lalu.

Related Posts

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

PENGURUS Chelsea, Xabi Alonso berharap pasukannya mampu mempamerkan aksi ‘membosankan’ selepas kelemahan di benteng pertahanan sekali lagi menghukum The Blues apabila sekadar seri 2-2 dengan Hull City di Stamford Bridge,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

TAWAU – Kerajaan kini mempunyai pelan tindakan bagi menghadapi kemungkinan sekiranya berlaku kejadian jerebu pada penganjuran Sukan SEA akan datang. Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Mordi Anak Bimol berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana