Gerai jualan di Pasar Umum Sandakan dipecah masuk

SANDAKAN – Satu kejadian pecah masuk melibatkan gerai jualan di Pasar Umum Sandakan dilaporkan berlaku pada Isnin.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata, beliau bersama Pegawai Penyelaras Parlimen Sandakan, Tang Szu Ching serta pasukan telah segera meninjau ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan.

Menurutnya, pegawai siasatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

“Harapan saya agar pihak yang terlibat dalam perbuatan jenayah ini dapat dikesan dan ditangkap dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar mempertingkatkan langkah keselamatan, termasuk menyediakan kawalan keselamatan pada waktu malam serta membaiki semua pintu yang telah rosak di kawasan pasar berkenaan.

Tambahnya, sebagai langkah jangka pendek, pasukan khidmat parlimennya juga telah membantu membaiki almari gerai jualan yang rosak ketika tinjauan dilakukan.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang