‎Kerajaan komited laksana pelbagai usaha pembangunan yang ‎menyeluruh ‎

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menegaskan, kerajaan negeri tetap komited melaksanakan pelbagai usaha pembangunan yang menyeluruh.

“Ini termasuk penekanan kepada pengukuhan ekonomi negeri, pembangunan ‎infrastruktur serta peningkatan kemudahan kesihatan, pendidikan, keselamatan dan sebagainya demi kesejahteraan rakyat.

‎“Dalam menjayakan agenda ini, anggota perkhidmatan awam hendaklah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, jujur dan berintegriti bagi memastikan setiap dasar serta inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan,” katanya di Majlis Jamuan Negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-75 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri Sabah, pada Isnin.

‎Tambahnya, dengan terbentuknya kerajaan negeri yang baharu bagi penggal kedua pada November lalu, agenda pembangunan yang holistik berteraskan Hala Tuju SMJ ‎2.0 iaitu lanjutan daripada Dasar Hala Tuju SMJ 1.0, akan menjadi panduan dan landasan dalam membawa negeri ini ke mercu kejayaan.

“Kejayaan pelaksanaan Pelan Pembangunan SMJ 1.0, memberikan kita keyakinan pendekatan pentadbiran Kerajaan sejak lima tahun lalu berada pada landasan ‎yang tepat.

“Justeru, Pelan Pembangunan SMJ 2.0 merupakan lanjutan yang menuntut perubahan yang berterusan dalam mempertingkatkan keupayaan diri, merangkumi perubahan cara berfikir dan bekerja serta mencipta nilai baharu untuk kemajuan dan pembangunan yang berterusan,” ujarnya.

‎Dalam pada itu, Hajii turut menyeru semua pihak untuk memainkan berperanan masing-masing dalam menjunjung tinggi nilai profesionalisme, memelihara disiplin dan berpegang teguh kepada integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Saya yakin, bahawa pentadbiran yang berteraskan integriti dan tadbir urus yang baik akan mampu meningkatkan keyakinan pelabur, memperkukuh daya saing ekonomi negeri serta mewujudkan persekitaran yang kondusif ke arah pembangunan yang mampan.

‎”Segala usaha dan inisiatif murni Kerajaan hendaklah dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab bagi memastikan Sabah terus bergerak maju dan mencapai pembangunan yang mampan selaras dengan aspirasi pembangunan negeri,” kongsinya.

‎Ketua Menteri turut berkata, beliau serta seluruh anggota pentadbiran negeri amat menghargai kepimpinan, kebijaksanaan serta naungan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri, yang menjadi lambang perpaduan, kestabilan dan keharmonian rakyat di negeri Sabah.

Related Posts

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

PARIT YAANI – Exco Pemuda AMANAH, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda menyifatkan kenyataan bekas pemimpin DAP, Tony Pua berhubung institusi Raja-Raja Melayu sebagai tindakan tidak wajar dan biadab. Menurut beliau, kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

PAYA RUMPUT – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan sebanyak 800 bilik darjah di seluruh negara akan ditransformasikan kepada ‘AI Powered Classroom’ menjelang akhir tahun 2027 sebagai usaha memperkukuh agenda transformasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat