Gred Purata Kebangsaan SPM 2025 peroleh pencapaian cemerlang berbanding 2024

PUTRAJAYA – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 merekodkan keputusan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42, berbanding 4.49 pada 2024.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, berkata seramai 13,779 calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2025, berbanding 13,827 calon pada 2024.

Menurut beliau, seramai 376 calon memperoleh keputusan semua A+ berbanding 352 calon pada 2024, manakala bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2025, turut menunjukkan peningkatan seramai 92,347 calon, berbanding 86,040 calon pada 2024.

“Bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2025, turut menunjukkan peningkatan, iaitu seramai 92,347 calon, berbanding 86,040 calon pada 2024.

“Sukacita saya memaklumkan secara keseluruhannya pencapaian calon SPM 2025 berdasarkan indeks GPK adalah lebih baik sejak peperiksaan SPM yang menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mulai tahun 2021.

“Nilai GPK SPM 2025 ialah 4.42 mata berbanding 4.49 mata pada SPM 2024 iaitu mengecil sebanyak 0.07 mata,” katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2025 di Kementerian Pendidikan (KPM), pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohd Azam berkata, calon yang memperoleh sekurang-kurangnya lulus atau gred E dalam semua mata pelajaran adalah seramai 141,728 orang atau bersamaan 36.47 peratus bagi SPM 2025.

Katanya, angka itu menunjukkan peningkatan seramai 4,937 calon berbanding 136,791 orang atau 36.13 peratus pada SPM 2024 iaitu meningkat sebanyak 0.34 peratus.

“Calon yang sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran adalah seramai 118,887 orang bersamaan 30.59 peratus untuk SPM 2025 berbanding 116,108 orang.

“Calon yang semua gagal pula adalah seramai 1,631 orang atau 0.42 peratus berbanding 1,789 orang atau 0.47 peratus untuk SPM 2024,” katanya.

Bagi GPK mengikut lokaliti, Mohd Azam memaklumkan, jurang pencapaian calon di bandar dan di luar bandar semakin mengecil sebanyak 0.04 mata.

“GPK calon di bandar ialah 4.40 mata bagi SPM 2025 berbanding 4.47 mata pada SPM 2024 manakala GPK luar bandar pula ialah 4.81 mata (SPM 2025) berbanding 4.92 mata bagi SPM 2024.

“Pelaporan analisis keputusan SPM 2025 adalah berdasarkan semua calon baharu yang mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

“Jumlah calon baharu yang berdaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran dalam peperiksaan SPM 2025 adalah seramai 395,740 orang,” katanya.

Related Posts

Status pelarian bukan lesen langgar undang-undang, bakal ditangkap jika lakukan jenayah

PUTRAJAYA – Status sebagai pelarian bukan satu lesen untuk membenarkan mana-mana individu atau kumpulan untuk melanggar undang-undang negara ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPDN laksana 13,692 Jualan Rahmah MADANI hingga Jun

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan sebanyak 13,692 siri Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari sehingga 13 Jun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak