Ketika pasaran global iktiraf Malaysia, masih ada pihak cuba tipu rakyat

DALAM dunia yang sedang berdepan ketidaktentuan ekonomi global, ada pihak masih sibuk menjual ketakutan.

Sedangkan realitinya, dunia luar melihat Malaysia dengan perspektif yang jauh berbeza.

Laporan daripada JPMorgan Chase secara jelas meletakkan Malaysia sebagai antara negara yang mampu bertahan jika kemelesetan global berlaku.

Bukan itu sahaja, Malaysia turut diletakkan sebaris dengan China sebagai antara ekonomi Asia yang paling berdaya tahan menghadapi kejutan global.

Ini bukan naratif kerajaan. Ini pengiktirafan pasaran dunia, pasaran global.

Tetapi di dalam negara?

Masih ada yang cuba meyakinkan rakyat bahawa ekonomi kita ‘gagal’, ‘hancur’, ‘menuju krisis’.

Siapa yang sebenarnya menipu rakyat?

Hakikatnya mudah, Kerajaan MADANI mengambil langkah yang strategik, kritikal, perlu dan bukan hanya bersifat populis. Antaranya:

➡️ Subsidi tidak lagi dibazirkan secara pukul rata.
➡️ Disiplin fiskal diperketatkan
➡️ Pelaburan berkualiti tinggi dipacu masuk
➡️ Ekonomi domestik diperkukuh sebagai benteng ekonomi negara

Langkah ini menyakitkan bagi mereka yang selesa dengan politik lama, politik tabur duit, politik janji kosong, politik tanpa tanggungjawab.

Sebab itu mereka cuba mencipta naratif songsang terhadap kerajaan. Bukan kerana dasar ini gagal, tetapi kerana ianya mengganggu kepentingan mereka yang sudah terlalu selesa.

Ironi, ketika institusi kewangan global mula mengiktiraf kekuatan asas ekonomi Malaysia, pembangkang terus menjual naratif negatif seolah-olah negara berada di ambang kehancuran.

Ini adalah manipulasi persepsi.

Persepsi yang dicipta oleh pihak-pihak yanh sanggup merosakkan keyakinan terhadap negara sendiri, semata-mata untuk keuntungan politik jangka pendek.

Sedangkan realitinya:

Malaysia hari ini berada di landasan yang lebih kukuh berbanding sebelum ini, kerana dasar yang berdisiplin dan berani.

Dalam bahasa mudahnya, PMX sedang memperbaiki asas ekonomi negara dan dunia sudah mula mengiktirafnya.

Yang masih menafikan?

Bukan kerana mereka tidak faham.
Tetapi kerana mereka tidak mahu rakyat faham.

Jadi pilihlah, mahu percaya penilaian global, atau propaganda sempit politik tempatan.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai