SK Datuk Bandar Debak dibina semula, kontraktor diingat elak projek sakit

DEBAK – Kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan sekolah di Sarawak diingatkan supaya bertindak proaktif dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global bagi mengelakkan berlakunya ‘projek sakit’.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan, kenaikan harga bahan binaan susulan ketidakstabilan bekalan minyak dunia tidak boleh dijadikan alasan kegagalan menyiapkan projek mengikut jadual.

“Kontraktor perlu membuat perancangan rapi dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan khususnya peningkatan kos bahan binaan.

“Kita tidak mahu projek penting seperti pembinaan sekolah tergendala atau menjadi projek sakit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Semula Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Bandar Debak pada Isnin.

Mengulas lanjut, Roland berkata, ketegangan global yang menjejaskan harga minyak memberi kesan langsung kepada kos pembinaan, sekali gus menuntut pihak kontraktor untuk lebih cekap dalam pengurusan projek.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai pembinaan semula SK Datuk Bandar Debak, beliau menyifatkan ia bukan sekadar menaik taraf kemudahan fizikal, malah merupakan pelaburan jangka panjang bagi meningkatkan kualiti pendidikan luar bandar.

“Sekolah yang lengkap dan moden akan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, sekali gus membantu meningkatkan prestasi akademik dan pembangunan sahsiah pelajar,” ujarnya.

Projek bernilai RM17.9 juta itu dijadualkan siap dalam tempoh 24 bulan bermula 4 Februari 2026 hingga 3 Februari 2028.

Pelaksanaannya dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi kontraktor, Sawaja Maju Sdn Bhd.

Ia melibatkan pembinaan pelbagai kemudahan baharu termasuk blok akademik, pentadbiran, prasekolah, surau, kuarters guru serta kemudahan sokongan lain.

Tambah Roland, kementeriannya akan terus memberi perhatian serius terhadap pelaksanaan projek pendidikan selaras dengan usaha memastikan akses pendidikan berkualiti dapat dinikmati semua lapisan masyarakat, khususnya di kawasan pedalaman.

Foto: JKR Bahagian Betong

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar