Sindiket dadah RM25.5 juta tumpas di Perlis

KANGAR – Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis methamphetamine bernilai RM25.5 juta menerusi tiga siri serbuan di sekitar negeri ini baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, operasi dijalankan dari 24 hingga 28 Mac lalu berjaya menahan lima individu tempatan berusia antara 23 hingga 37 tahun.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat risikan, pihak polis melancarkan tiga siri serbuan dan berjaya menahan empat lelaki serta seorang wanita tempatan di Perlis.

“Dalam serbuan pertama di sekitar Jalan Utama Wang Kelian, Kaki Bukit, pihak polis menahan dua buah kenderaan yang dinaiki tiga suspek tempatan sebelum merampas 20 guni mengandungi 500 paket plastik disyaki methamphetamine seberat 510 kilogram,” katanya.

Beliau berkata, susulan tangkapan itu, serbuan seterusnya pada 27 dan 28 Mac berjaya menahan dua lagi lelaki tempatan di kawasan sama.

“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan mencecah RM25.5 juta dan boleh merosakkan kira-kira 2.55 juta pengguna.

“Sindiket ini dipercayai aktif sejak Ogos tahun lalu dan berperanan sebagai koordinator, transporter serta peninjau keselamatan dalam rangkaian pengedaran,” ujarnya.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati empat suspek lelaki positif methamphetamine manakala suspek wanita negatif daripada sebarang jenis dadah.

“Modus operandi sindiket adalah mengambil bekalan dadah di kawasan hutan berhampiran Wang Kelian-Kaki Bukit sebelum dibawa ke lokasi transit sekitar Perlis untuk pasaran tempatan,” katanya lagi.

Tambahnya, kesemua suspek kini direman antara lima hingga tujuh hari bermula 25 Mac lalu hingga 4 April ini bagi membantu siasatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan jika sabit kesalahan.

Difahamkan, polis giat memburu dalang utama sindiket warga tempatan yang dipercayai melarikan diri ke Thailand selepas mengetahui ahli sindiket penyeludupannya diberkas polis.

Related Posts

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

SARIKEI – Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sarikei mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan kehadiran seramai 115,150 pengunjung, sekali gus menjadi jumlah tertinggi sepanjang penganjuran program berkenaan di Sarawak tahun ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

LIMBANG – Profesion kejururawatan diiktiraf sebagai tunjang utama dalam memastikan kelancaran sistem penjagaan kesihatan negara, selain bertindak sebagai penghubung penting antara pesakit dengan pasukan perubatan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan