Usaha pulih 3,000 hektar sawah padi terbiar dalam tempoh lima tahun

KOTA KINABALU – Sekurang-kurangnya 3,000 hektar kawasan sawah padi terbiar di Sabah disasarkan untuk diusahakan semula dalam tempoh lima tahun bagi meningkatkan tahap Sara Diri Beras Tempatan (SSL) negeri kepada 30 peratus.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Jamawi Jaafar berkata, ketika ini SSL Sabah masih berada pada tahap 19 peratus, sekali gus memerlukan usaha bersepadu bagi memperkukuh pengeluaran beras tempatan.

“Ini merupakan satu usaha yang memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak antara agensi negeri dan Persekutuan agar segala usaha ini dapat disatupadukan dalam mencapai cita-cita tersebut.

“Kerjasama dalam kalangan kakitangan penting dengan saling melengkapi antara satu sama lain, bukannya bersaing.

“Ini ialah prinsip yang saya ketengahkan kepada semua kakitangan dan warga dalam MAFFI,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) di Bilik Mesyuarat, Wisma LYCH pada Khamis.

Dalam lawatan itu, Jamawi yang juga Pengerusi LPBS turut mempengerusikan mesyuarat bersama warga kerja dan membincangkan pelbagai agenda berkaitan.

Jamawi turut merakamkan penghargaan atas sambutan yang diberikan serta menasihatkan warga kerja agar terus komited dalam melaksanakan tugas.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Datuk Jumain Abdul Ghani, Timbalan Setiausaha Tetap I Awang Dzulkernain Awang Hassan dan Pengurus Besar LPBS Datuk Dr Ramle Haji Kasin.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik