Malaysia mahu gencatan senjata konflik Asia Barat turut meliputi Lubnan

KUALA LUMPUR – Malaysia menggesa supaya pelaksanaan gencatan senjata dalam konflik di Asia Barat diperluaskan bagi merangkumi Lubnan yang kini turut terjejas akibat ketegangan serantau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibangkitkan beliau ketika mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Lubnan, Nawaf Salam.

Beliau berkata, konflik yang melanda negara itu memberi kesan besar kepada rakyat apabila kira-kira satu juta penduduk dilaporkan kehilangan tempat tinggal, manakala lebih 1,000 orang terkorban.

“Saya menegaskan sokongan Malaysia terhadap kedaulatan Lubnan, mengutuk serangan ke atas infrastruktur awam serta menyeru semua pihak untuk meredakan ketegangan dan kembali kepada dialog, di samping menyentuh situasi kemanusiaan yang semakin mendesak,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Dalam perbualan itu, Perdana Menteri turut mengambil kesempatan menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan sejawatnya serta merakamkan penghargaan kepada kerajaan Lubnan atas sokongan dalam memastikan keselamatan dan kebajikan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) yang berkhidmat di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

“Mengakhiri perbualan, saya menzahirkan komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Lubnan dan rakan antarabangsa dalam memulihkan keamanan dan kestabilan serantau,” katanya.

Media melaporkan Israel melancarkan serangan udara dan operasi darat di selatan Lubnan selepas serangan rentas sempadan oleh kumpulan Hezbollah yang disokong Iran pada 2 Mac lalu.

Pihak berkuasa Lubnan memaklumkan sekurang-kurangnya 1,039 orang terbunuh, manakala 2,876 lagi cedera dalam serangan Israel setakat ini.

Related Posts

Kerajaan Negeri Sembilan perlu tegas, jangan tunduk tekanan politik – PM Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kerajaan Negeri Sembilan dan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, mengambil pendirian tegas dalam menangani polemik membabitkan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan Najib: Pendirian kerajaan banteras rasuah kekal – PM Anwar

PUTRAJAYA – Prinsip dan pendirian kerajaan untuk membanteras rasuah serta salah guna kuasa kekal tidak berubah susulan keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih