Pelajar UMPSA hina al-Quran sudah dibuang

KUANTAN – Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial telah dihukum buang universiti.

Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias berkata, proses tatatertib terhadap penuntut lelaki itu telah selesai baru-baru ini selepas Jawatankuasa Tatatertib Pelajar universiti itu bersidang pada 9 Mac.

“Berdasarkan tindakan tatatertib, penuntut itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman dibuang dari universiti mengikut Kaedah 58 Kaedah-kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib Pelajar) 2024,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata, pihak UMPSA berharap keputusan itu menjadi pengajaran kepada warga universiti – sama ada mahasiswa mahupun staf – agar lebih berhati-hati dalam setiap perbuatan atau tindakan supaya tidak mencemar nama baik institusi.

Yatimah berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang penyebaran kandungan menghasut kebencian melibatkan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) sehingga boleh mencetuskan ketegangan kaum serta menggugat keharmonian awam di negara ini.

Pada 3 Mac, S Vikneswaran, 21, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan mencemarkan suatu benda yang dipegang suci oleh penganut Islam, iaitu al-Quran dengan niat hendak mengaibkan agama itu pada 22 Februari.

Lelaki itu juga didakwa menggunakan akaun laman sosial Threads ‘ryandaselva’ secara sedar telah membuat dan melakukan penghantaran suatu komunikasi jelik melampau sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Mahkamah membenarkan penuntut itu diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan mengarahkannya melapor diri di balai polis setiap bulan, serta menetapkan 8 April ini untuk sebutan semula kes.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi