Pelbagai cara rakyat terjemah makna Syawal di sebalik cabaran ekonomi semasa

Oleh: HELDA JULIE & NANA MOHAMAD

KUCHING – Debaran menanti ketibaan 1 Syawal semakin terasa. Meskipun berdepan pelbagai ujian termasuk tuntutan kerjaya dan kos sara hidup yang kian meningkat, kemeriahan menyambut Aidilfitri tidak pernah pudar dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Menerusi tinjauan The Malaysia Press, setiap individu mempunyai cara dan kisah tersendiri dalam menterjemahkan makna kemeriahan hari kemenangan tersebut selepas sebulan berpuasa.

Beraya di perantauan

Bagi juruteknik sektor minyak dan gas, Khairul Banseng Abdullah, 53, sambutan tahun ini menuntut pengorbanan besar apabila terpaksa akur beraya di perantauan, jauh dari kampung halaman dan keluarga tercinta.

Namun, jarak dan tuntutan tugas bukan alasan untuk terus melayan rasa hiba. Bagi membangkitkan ‘mood’ raya, kediamannya tetap dihias ringkas selain juadah tradisi turut disediakan sekadar mengikut kemampuan.

“Tahun ini memang terasa perbezaannya. Namun, kecanggihan teknologi menjadi penyelamat. Walaupun hanya melalui panggilan video pada pagi raya, dapat menatap wajah ahli keluarga sudah cukup untuk mengubat rindu dan membuatkan sambutan ini terasa dekat di hati,” katanya.

Memori abadi insan tersayang

Berbeza pula ceritanya buat Mohd Syukur Yusof, 35, yang melihat Aidilfitri sebagai waktu terbaik untuk merakam memori abadi bersama insan tersayang.

Keterujaannya tahun ini bukan sekadar pada persalinan baju raya baharu, sebaliknya beliau dan keluarga meluangkan masa berkunjung ke studio fotografi bagi merakam kenangan terindah.

“Persiapan kali ini dibuat dengan penuh semangat. Kenangan bergambar di studio ini amat bermakna untuk mengabadikan kebersamaan kami sebelum masing-masing sibuk melayan kunjungan tetamu dan sanak-saudara,” jelasnya teruja.

Pada masa yang sama, cabaran ekonomi masa kini menuntut perancangan kewangan yang teliti agar sambutan lebaran tidak bertukar menjadi bebanan hutang.

Bijak mengurus perbelanjaan

Pengurus NADI, Amira Masliza Jamalariffin@Zainal, 34, mengakui perlu lebih bijak menguruskan perbelanjaan terutama apabila beliau sekeluarga baru sahaja berpindah ke kawasan perumahan baharu.

Bagi mengelakkan pembaziran dan kesesakan di pusat beli-belah, beliau mengambil langkah proaktif dengan membeli barangan dapur lebih awal sebelum Ramadan, selain mempraktikkan pembelian secara dalam talian.

“Harga barang memang ada peningkatan, jadi bajet perlu diuruskan dengan berhati-hati supaya tidak berlebihan. Bagaimanapun, saya tidak berkompromi soal juadah kerana di situlah letaknya kemeriahan raya ketika kita menjamu keluarga dan tetamu,” ujarnya.

Ternyata, biar apa pun cabaran, kekangan, mahupun cara persiapannya, ketibaan Aidilfitri tetap diraikan dengan penuh kesyukuran, membuktikan keutuhan tradisi dan eratnya ikatan kekeluargaan masyarakat di negara ini.

Related Posts

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

LAHAD DATU – Dalam usaha membina masyarakat yang inklusif dan saling memahami, peranan seorang warga pendidik atau guru khususnya yang mahir dalam bahasa isyarat semakin signifikan sebagai penghubung antara komuniti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

KEHARMONIAN dalam masyarakat terutama persaudaraan sesama Islam adalah perkara yang amat penting. Tohmah bukan sekadar isu individu, tetapi wabak sosial yang meracuni ketenangan, ekonomi dan nilai kemanusiaan. Pengasas Maahad Tahfiz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

  • By Ynom
  • May 27, 2026
Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan