Dua maut, seorang cedera nahas kereta-motosikal di Kuala Kurau

BAGAN SERAI – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Jalan Baru, Kampung Seri Makmur, Batu 7, Kuala Kurau, awal pagi Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.24 pagi sebelum lima anggota dari BBP Kuala Kurau digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, kemalangan melibatkan Perodua Bezza dan motosikal Yamaha Ego Gear itu mengorbankan penunggang motosikal berusia sekitar 21 tahun yang tercampak di lokasi kejadian, serta penumpang kereta berusia 26 tahun yang ditemui tersepit di bawah kenderaan.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan ‘air lifting bag’ bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan KKM,” katanya.

Sementara itu, pemandu kereta berusia lingkungan 20-an mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Parit Buntar oleh ambulans APM sebelum ketibaan bomba.

Operasi yang diketuai PBK II TBK, Mohd Azlan Syah Mohammed itu tamat sepenuhnya pada jam 2.50 pagi.

Related Posts

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, akan diperkukuhkan dengan penglibatan komuniti Orang Asli bagi membantu usaha mengesan mangsa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

KANGAR – Polis memulakan siasatan awal berhubung video tular yang memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dipercayai menembak seekor lembu ketika program korban di Kuala Perlis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AS buka ruang kerjasama misil dengan Malaysia susulan sekatan Norway

AS buka ruang kerjasama misil dengan Malaysia susulan sekatan Norway

Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

Gordon sah sertai Barcelona

Gordon sah sertai Barcelona

MINDA TOK ABAH: Langkah sepanjang zaman Siti Hajar