Wanita, dua anak maut lepas hadir kenduri kahwin adik

DUNGUN – Polis mengenal pasti identiti tiga beranak yang maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 59, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran FELDA Jerangau, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, mangsa ialah pemandu SUV jenis Perodua Aruz, Nurul Hafizah Shaary, 39, dan anaknya Muhammad Redzuan Arash Mohamad Redzuan, 13, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kemalangan yang berlaku pada 6 petang.

Beliau berkata, seorang lagi anak mangsa, Nur Radya Athalia, 4, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Jerangau dekat sini.

“Sementara itu dua lagi anak Nurul Hafizah, iaitu Nur Raesha Amanda,14, dan Nur Rakhis Aral Yn, 9, mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut,” katanya, lapor Bernama.

Maizura berkata, ketika kejadian Nurul Hafizah yang bekerja sebagai ejen syarikat penapis air dan udara dalam perjalanan dari Jerangau ke Ajil, Hulu Terengganu bersama empat anaknya.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila SUV dipandu mangsa hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian sebelum terbabas ke laluan bertentangan, seterusnya melanggar paip air dan merempuh tiang elektrik di sebelah kanan jalan.

Ketiga-tiga mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, adik Nurul Hafizah, Mohd Saddam, 33, ketika dihubungi Bernama memaklumkan,kemalangan itu berlaku ketika Nurul Hafizah yang menetap di Ajil dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan adik bongsu mereka di sini semalam.

“Saya amat terkejut dan luluh hati apabila menerima berita kakak maut bersama dua anaknya selepas SUV yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan hanya beberapa jam selepas kami bersama,” katanya.

Related Posts

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Perhentian (Stage Bus Service Transformation – (SBST)) di Sabah menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, wakil rakyat serta rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

PARIT – Jabatan Pertanian Negeri Perak terus memperkukuh usaha memperkasa golongan wanita dalam sektor pertanian menerusi penganjuran Kursus Asas Penanaman Sayur-Sayuran yang disertai 30 peserta daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu