Aidilfitri: Kekalkan toleransi, perpaduan dalam kepelbagaian – Hajiji

KOTA KINABALU – Rakyat Sabah diseru agar terus memelihara nilai toleransi dan kebersamaan yang menjadi asas kekuatan negeri ini sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, keunikan Sabah yang meraikan lebaran dalam suasana muhibah melibatkan pelbagai kaum dan agama merupakan kekuatan sebenar yang perlu dipertahankan.

“Nilai hormat-menghormati yang diwarisi sekian lama adalah tunjang kepada kestabilan dan kemajuan yang sedang dinikmati ketika ini.

“Sesungguhnya, Aidilfitri adalah simbol kemenangan melawan hawa nafsu, kemenangan mendidik jiwa dengan kesabaran dan keikhlasan.

“Ia juga merupakan platform terbaik untuk memperkukuh silaturahim sesama keluarga, jiran tetangga dan masyarakat keseluruhannya,” katanya dalam Perutusan Hari Raya Aidilfitri 2026 di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengajak seluruh rakyat untuk menjadikan sambutan kali ini sebagai pemangkin untuk memperbaharui tekad dan mempererat perpaduan demi membina Sabah yang lebih maju.

“Kerajaan negeri kekal komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

“SMJ 2.0 bukan sekadar pelan di atas kertas, sebaliknya ia merupakan komitmen jitu untuk mentransformasikan ekonomi negeri dan memperkasa modal insan,” tegasnya.

Tambahnya, kestabilan politik yang sedang diperkukuh ketika ini adalah prasyarat utama kepada pembangunan dan kemakmuran negeri yang berterusan.

Related Posts

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

LIMBANG – Seramai tujuh individu ditahan dalam operasi membanteras penyalahgunaan dan kegiatan pengedaran dadah menerusi Ops Tapis Khas yang dijalankan di sekitar daerah ini selama tiga hari bermula Isnin lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63