BNCP 2025: Kesilapan penandaan ‘cukai ditanggung majikan’ diproses automatik

PUTRAJAYA – Pembayar cukai individu tidak diwajibkan membuat pindaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2025 bagi membetulkan kesilapan menanda ruangan “Cukai ditanggung oleh majikan” yang dilakukan secara tidak sengaja ketika mengisi borang tersebut.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) memaklumkan bahawa semakan terperinci telah dijalankan dan kes berkaitan telah berjaya dikenal pasti.

“HASiL mengambil maklum bahawa terdapat pembayar cukai individu yang telah menandakan ruangan ‘Cukai ditanggung oleh majikan’ secara tidak sengaja semasa mengisi BNCP Tahun Taksiran 2025 dan menyebabkan bayaran balik lebihan cukai masih belum diterima.

“Bagi kes yang disahkan sebagai kesilapan penandaan, bayaran balik lebihan cukai akan diproses secara berperingkat oleh HASiL,” menurut kenyataan itu.

Menurut HASiL, sistem pemprosesan bayaran balik cukai beroperasi secara automatik berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pembayar cukai dalam BNCP.

“Oleh itu, ketepatan maklumat yang diisikan adalah penting bagi memastikan proses bayaran balik dapat dilaksanakan dengan lancar dan tanpa sebarang kelewatan,” menurut HASiL.

Dalam masa sama, HASiL menegaskan komitmennya untuk memastikan urusan bayaran balik cukai dilaksanakan secara adil, telus dan berintegriti, sejajar dengan usaha berterusan mempertingkat kecekapan pentadbiran percukaian negara.

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

PUTRAJAYA – Langkah pelaksanaan syarat pengesahan umur bagi pembukaan akaun media sosial disifatkan langkah penting dalam memperkukuh keselamatan pengguna digital, khususnya golongan muda. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memaklumkan, tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Semua jabatan dan agensi kerajaan disarankan mencontohi acuan serta langkah Jabatan Imigresen (Imigresen) yang mendedahkan secara terbuka tindakan pemecatan terhadap 77 pegawainya sejak 2022. Ahli Institut Integriti Malaysia,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Speaker serah surat pembubaran DUN Johor kepada SPR

Speaker serah surat pembubaran DUN Johor kepada SPR

Ketua Geng Rames dihadap ke mahkamah

Ketua Geng Rames dihadap ke mahkamah

Rakyat Sabah beruntung, RM150 juta ke RM1.5 bilion

Rakyat Sabah beruntung, RM150 juta ke RM1.5 bilion

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat