Sijil halal: Teresa cadang Jakim beri penjelasan rungkai salah faham

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memberi penjelasan terperinci mengenai kontroversi pensijilan halal.

Menurut Teresa, kontroversi pensijilan halal ini tercetus akibat salah faham yang melibatkan pelbagai pihak.

“Nampaknya kontroversi pensijilan halal ini berlaku atas sebab salah faham daripada pelbagai pihak.

“Saya rasa adalah lebih baik bagi Jakim untuk memberi penjelasan mengenai isu ini,” syor beliau dalam hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Teresa memaklumkan pagi tadi beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi di Parlimen.

“Kebetulan pengurusan tinggi Halal Development Corporation (HDC) dan Jakim dijemput memberi pembentangan tentang usaha mereka untuk mempromosi pensijilan halal.

“Saya sempat mengambil gambar dengan Timbalan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin dan Mohd Zamri Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, Jakim.

“Sirajuddin berkata mereka datang ke Parlimen selepas memberi keterangan kepada pegawai polis di Bukit Aman berkenaan kontroversi pensijilan halal yang melibatkan Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Mohd Naim dan saya,” kongsi ahli Parlimen DAP itu lagi.

Justeru, beliau menuntut penjelasan Jakim sebagai jalan keluar kepada kontroversi sijil halal.

Pun begitu, kata Teresa, mesyuarat jawatankuasa berkenaan dengan usaha pensijilan halal ini dijalankan dalam suasana yang mesra.

Related Posts

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneruskan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan sebelum pelaksanaan had umur 16 tahun bagi pembukaan akaun media…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

KUALA LUMPUR – Permohonan untuk mengekalkan kuota 300 liter BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi pengamal media akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Selasa ini untuk pertimbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang