Majlis Raja-Raja akan putuskan status pensijilan halal – Zahid

KUALA LUMPUR – Sebarang keputusan mengenai hasil kajian untuk mewajibkan pensijilan halal kepada semua restoran dan syarikat pengendali makanan adalah tertakluk di bawah kuasa Majlis Raja-Raja.

Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu berkenaan tidak wajar dijadikan polemik kerana ia masih di peringkat kajian dan belum menjadi dasar yang tetap.

Justeru katanya, tiada pihak yang perlu rasa tergugat dengan cadangan kajian mengenai kewajiban pensijilan halal itu.

“Lagipun, soal hal ehwal agama ini termasuk isu halal ini, adalah di bawah kuasa Majlis Raja-Raja, Jika kajian mendapati (perlu) mewajibkan atau tidak mewajibkan, kita serahkan kepada Majlis Raja-Raja. Jika kajian ini dibawa ke Kabinet, kita berpandukan nasihat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) supaya perkara ini tidak dijadikan polemik.

“Kita harus menghormati situasi semasa. Walaupun saya Pengerusi Majlis Halal Malaysia, tentu saya mengambil tindakan yang berhati-hati dalam menentukan dapatan terhadap kajian,” katanya kepada media Malaysia pada hari terakhir lawatan kerja ke China.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan tindakan telah diambil bagi memendekkan tempoh kelulusan permohonan sijil halal.

Kelulusan kini dipendekkan kepada 15 hari waktu bekerja iaitu dari tarikh permohonan dikemukakan.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM