PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

TAWAU – Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop dicadang sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kalabakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Timbalan Ketua UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Samsul Alang berkata, cadangan itu diputuskan selepas perbincangan di peringkat biro politik dan mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian.

Aslan Fadli berkata, kerusi Parlimen Kalabakan merupakan kerusi tradisi UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan usaha mempertahankannya pada PRU16 akan datang menjadi fokus utama parti.

“Keputusan mencadangkan satu nama (Samasuddin) dibuat bagi memastikan parti dapat bergerak secara lebih tersusun tanpa berlaku perpecahan dalam kalangan ahli.

“Keputusan muktamad tetap di tangan Presiden parti, tetapi di peringkat Bahagian kita sebulat suara mencadangkan beliau sebagai calon,” katanya ketika ditemui media, pada Ahad.

Mengenai keputusan kepimpinan pusat untuk membuka ruang kepada ahli yang digantung kembali menyertai UMNO, Aslan berkata, keputusan itu secara tidak langsung baik untuk memperkukuhkan parti.

Bagaimanapun katanya, mereka yang ingin kembali perlu ikhlas, jujur dan benar-benar mahu berjuang bersama untuk memperkuatkan UMNO Bahagian Kalabakan.

Related Posts

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

ALOR SETAR – Lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul isterinya sehingga keguguran di Sungai Petani didapati mempunyai empat rekod jenayah termasuk kes mencederakan beberapa isteri lain serta teman wanitanya. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

KANGAR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Perlis, Azzin Izzad Bahanudin memangku jawatan Ketua AMH negeri itu berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad. Peletakan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI