Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

KANOWIT – Ratusan penduduk di Rumah Kulih kini mampu menghela nafas lega apabila kesukaran pergerakan harian mereka diatasi menerusi pembinaan sebuah titian besi bernilai RM150,000 yang telah siap sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Ngau berkata, projek di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu merupakan antara usaha berterusan kerajaan untuk mempertingkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar.

Menurutnya, inisiatif berkenaan penting bagi memastikan penduduk dapat menjalankan aktiviti harian dengan lebih selesa dan selamat.

“Kita berharap pembinaan titian ini dapat memberi manfaat yang optimum serta memudahkan urusan harian masyarakat setempat di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di Rumah Kulih, Sungai Ngemah pada Ahad.

Mengulas lanjut, Anyi memaklumkan fasiliti di kawasan berkenaan akan terus ditambah baik dengan pembinaan ruang letak kereta pada masa akan datang bagi menampung keperluan penduduk sedia ada.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru masyarakat setempat supaya terus mempertahankan keharmonian kaum dengan menghayati nilai gagasan Malaysia MADANI iaitu saling memahami, menghormati, menerima dan meraikan kepelbagaian dalam kehidupan.

Menyentuh mengenai projek rangkaian jalan raya, Anyi berkata, beberapa pembangunan infrastruktur sedang dan akan dilaksanakan bagi melonjakkan lagi sistem perhubungan di kawasan tersebut.

“Ini termasuklah projek Jalan Nanga Ngungun ke Nanga Bat bernilai RM42 juta yang telah dianugerahkan tender dan dijangka kerja penurapan bermula dalam masa terdekat.

“Bagi laluan Nanga Bat ke Nanga Pera di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Hulu Rajang (URDA) pula, status pelaksanaannya kini telah mencapai tahap kemajuan 76 peratus,” ujarnya.

Tambahnya lagi, laluan seterusnya iaitu dari Nanga Pera ke Nanga Jagau masih dalam peringkat perancangan sebelum ia disusuli dengan pembinaan laluan Nanga Jagau ke Nanga Rantau Lugai.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam