Operasi pemantauan motosikal, polis Limbang tegas tangani aktiviti negatif

LIMBANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Limbang melaksanakan operasi pemantauan motosikal sekitar waktu subuh bagi mengekang aktiviti tidak sihat dalam kalangan penunggang serta memastikan pematuhan undang-undang jalan raya.

Ketua Polis Daerah Limbang, Supt Parum Niot berkata, operasi yang dijalankan oleh anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang itu memberi tumpuan kepada kegiatan berisiko termasuk perlumbaan haram serta budaya negatif melibatkan penunggang motosikal.

Menurut beliau, pemantauan berterusan dilakukan sebagai langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

“Penunggang motosikal diingatkan supaya tidak terjebak dengan budaya negatif yang boleh mengundang risiko dan padah kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

“Patuhi peraturan lalu lintas, utamakan keselamatan dan jadilah pengguna jalan raya yang berhemah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Parum menegaskan pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti yang boleh menggugat keselamatan serta ketenteraman awam.

“Jalan raya bukan gelanggang aksi, sebaliknya ruang tanggungjawab bersama yang perlu digunakan secara berhemah oleh semua pihak,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya akan terus menjalankan operasi dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan undang-undang dipatuhi serta mengelakkan kejadian tidak diingini.

Orang ramai juga diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan atau perlumbaan haram di kawasan mereka.

Related Posts

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua kenderaan bertembung, dua maut

KUANTAN – Dua maut manakala seorang dilaporkan cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Gambang–Maran berhampiran simpang Kampung Paya Rambutan dekat sini, tengah hari tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan