Mekanisme pemutihan rumah ibadat bukan Islam sedang dimuktamadkan

PUTRAJAYA – Satu mekanisme pemutihan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) sedang dimuktamad bagi memastikan penyediaan rumah ibadat bukan Islam dapat dirancang secara lebih tersusun.

Mekanisme itu dicadangkan oleh pihak PLANMalaysia pada Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-87 kelmarin bagi memelihara keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Mesyuarat berkenaan dipe­ngerusikan oleh Timbalan Per­dana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan barisan Exco Kerajaan Negeri, Menteri-menteri Persekutuan berkaitan serta pegawai kanan kerajaan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, selain itu, mesyuarat berkenaan turut memaklumkan status semasa pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) Bagi Kesalahan Pembuangan Sampah Kecil yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu.

“Operasi penguatkuasaan ini telah dilaksanakan secara serentak di beberapa negeri termasuk Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Setakat 10 Mac lalu, sebanyak 1,001 notis kesalahan dikeluarkan, termasuk 213 orang warga asing,” katanya.

KPKT berkata, mesyuarat itu turut bersetuju pelaksanaan Garis Panduan Kerja Ubahsuai Bangunan bagi menyeragamkan prosedur permohonan dan syarat teknikal bagi kerja pengubahsuaian kediaman serta premis komersial di seluruh negara.

Katanya, garis panduan ini memberikan penjelasan kepada pemilik bangunan mengenai skop kerja yang dibenarkan tanpa menjejaskan aspek keselamatan struktur, pengudaraan semula jadi dan keharmonian perancangan bandar.

Turut dipersetujui garis panduan Pengurusan Perangkap Minyak di Premis Makanan di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memantapkan sistem pengurusan sisa lemak, minyak dan gris (FOG) di premis makanan.

“Inisiatif ini bertujuan me­ngelakkan penyumbatan sistem perparitan awam dan pencemaran sumber air di kawasan bandar, sekali gus menyokong agenda kelestarian alam sekitar serta mengurangkan kos penyelenggaraan infrastruktur awam oleh PBT,” katanya.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar