Serbuan kilang quartz haram: PGA rampas mineral, mesin bernilai RM5.16 juta

SUNGAI SIPUT – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas kira-kira 1,000 tan longgokan mineral quartz (tanah putih), 660 beg jumbo quartz yang telah diproses serta pelbagai mesin dan jentera bernilai keseluruhan dianggarkan RM5.16 juta dalam serbuan ke atas sebuah kilang disyaki beroperasi secara haram di sini pada Jumaat.

Operasi menerusi Op Bersepadu Khazanah itu dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Utara dan Cawangan Risik Batalion 3 Briged Utara dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh berkata, seramai lima individu ditahan melibatkan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an yang dipercayai pengurus tapak serta empat lelaki warga Bangladesh berusia antara 35 hingga 43 tahun yang disyaki pekerja kilang berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi menemui sejumlah besar mineral quartz yang sedang diproses selain pelbagai mesin dan jentera yang digunakan dalam operasi tersebut.

“Siasatan awal mendapati kilang ini dipercayai telah beroperasi sejak setahun lalu dengan membeli tanah putih campuran dari kawasan kuari sebelum diproses bagi meningkatkan kualiti mineral berkenaan.

“Proses itu melibatkan kaedah menapis, mencuci, memampatkan serta mengasingkan mineral sebelum quartz yang mencapai gred lebih tinggi dijual pada harga lebih mahal untuk pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes memproses bahan mineral tanpa kelulusan sedang disiasat oleh JMG Perak di bawah Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Perlesenan) 2016 serta Akta Pembangunan Mineral 1994 (Akta 525).

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam masa sama, lelaki tempatan yang bertindak sebagai pengurus tapak turut disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Empat pekerja warga asing pula disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan