PM umum cuti tambahan, mudahkan rakyat rancang perjalanan

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Katanya, cuti tambahan tersebut akan diberikan pada Isnin sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Jumaat, manakala sekiranya perayaan itu disambut pada Sabtu, cuti tambahan akan diberikan pada Jumaat.

“Raya dah dekat, saya turun-turun tadi ada orang tanya cuti, bila PMX bagi cuti.

“Tradisi kita, kita tahu akhirnya hari raya akan jatuh sama ada Jumaat atau Sabtu.

“Tak boleh tunggu dulu baru diumumkan, pada malam Jumaat sama ada hari raya pada Jumaat atau Sabtu.

“Tapi jangan bimbang kerana kita akan beri cuti tambahan hari raya, sebab kita anggap semua orang sudah bekerja kuat,” ujarnya semasa berucap pada Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2026 di sini, pada Ahad.

“Bulan Ramadan, semua extra time, extra dedication, extra effort. So we will reward you dengan tambahan cuti.

“Kalau yang tak extra effort, you still have a few days, please do more to deserve the holidays.

“Kalau yang belum beri usaha tambahan, masih ada beberapa hari lagi, sila tambah usaha untuk layak dapat cuti itu.

“Sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Jumaat, 20 Mac, maka cuti tambahan diberikan pada Isnin, 23 Mac.

“Namun jika hari raya disambut pada Sabtu, 21 Mac, cuti tambahan diberikan pada Jumaat, 20 Mac,” jelasnya.

Tambah Anwar, pengumuman dibuat lebih awal bagi membolehkan orang ramai merancang perjalanan sempena hari raya.

“Kita umum awal supaya orang boleh buat perancangan. Nak cuti Jumaat atau cuti Isnin? Siapa yang mahu cuti Isnin, doa supaya hari raya jatuh pada Sabtu,” katanya sambil berseloroh.

  • Related Posts

    Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

    KUCHING – Sarawak bersedia melakukan anjakan paradigma dalam landskap digital global dengan beralih kepada infrastruktur ‘AI Grid’ (grid kecerdasan buatan) berbanding penggunaan pusat data fizikal menjelang lima tahun akan datang. Premier Sarawak,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

    PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyebaran serta suntingan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikaitkan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

    Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

    Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

    Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

    Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

    Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

    Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

    Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

    Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

    Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

    Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

    Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI