PMX hargai usaha KPDN kawal harga barang musim perayaan

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang terus bekerja keras bagi memastikan bekalan serta harga barangan asas kekal terkawal terutama ketika musim perayaan.

Katanya, setiap kali menjelang musim perayaan, tanggungjawab pegawai kementerian termasuk pasukan penguatkuasa menjadi lebih mencabar kerana mereka perlu memantau harga dan bekalan barangan di seluruh negara.

“Usaha itu penting bagi memastikan bekalan barangan keperluan seperti ayam dan telur sentiasa mencukupi serta tidak berlaku kenaikan harga yang membebankan rakyat.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada menteri dan timbalan menteri, Datuk Armizan Mohd Ali serta Fuziah Salleh, selain Ketua Setiausaha Kementerian dan seluruh jentera penguatkuasa.

“Thank you very much You have done a great service to the rakyat and to the people.

“Kita bila buat baik ni jangan harap orang ingat semua, kalau tengok dalam media sosial hentam sahaja,” katanya semasa berucap pada Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2026 di sini, pada Ahad.

Jelasnya,sekiranya berlaku kekurangan bekalan barangan asas, pihak kementerian akan segera mengambil tindakan bagi memastikan masalah tersebut dapat diselesaikan dengan segera.

“Masyarakat juga wajar menghargai usaha pegawai kerajaan yang bertungkus lumus menjaga kebajikan pengguna walaupun sering menjadi sasaran kritikan, khususnya di media sosial.

“Tetapi cuba kita fikir, tiga atau lima tahun lalu harga telur dan ayam bagaimana, dan kadang-kadang bekalan juga tidak mencukupi.

“Jadi apabila pegawai dan penguat kuasa kita bekerja keras memastikan keadaan terkawal, sekurang-kurangnya ucapkanlah terima kasih kepada mereka.

“Penghargaan seperti ini penting bagi mengiktiraf sumbangan penjawat awam yang menjalankan tugas demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kongsinya.

  • Related Posts

    Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

    PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

    SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

    Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

    PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

    PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

    Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

    Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

    Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

    Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

    Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

    Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

    ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

    ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar