Kenyataan Hadi bukti Pas guna pendekatan ala Khawarij

PUTRAJAYA – Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai ‘Rumah Bangsa’ yang diusahakan UMNO mencerminkan parti itu tidak pernah berminat kepada masa depan Melayu dan Islam sebaliknya hanya pentingkan politik sendiri.

Timbalan Presiden Amanah, Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, sindiran Abdul Hadi Awang mempamerkan pendekatan ala Khawarij Pas yang gemar melabel, menghina dan meragui keikhlasan pihak lain hanya kerana berbeza pandangan politik.

Beliau menegaskan, dalam kenyataan tersebut, pelbagai tuduhan dan metafora telah digunakan seperti “bisikan syaitan”, “hantu raya” hingga mempertikaikan amalan pihak lain.

“Ini seolah-olah hanya Pas sahaja yang membawa Islam, manakala orang lain dianggap tersasar atau dipengaruhi unsur yang menyesatkan.

“Pendekatan seperti ini bukan sahaja tidak matang malah sangat berbahaya kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menghukum dan merendahkan pihak lain.

“Islam tidak pernah mengajar umatnya meragui iman orang lain semata-mata kerana perbezaan politik,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, tradisi Islam di negara ini sejak dahulu menekankan hikmah, kesederhanaan dan adab dalam berbeza pandangan, bukan budaya melabel dan merendah-rendahkan sesama sendiri.

“Ketika pelbagai pihak cuba membuka ruang dialog dan mencari titik pertemuan demi kepentingan umat dan negara, pendekatan menghina serta menolak usaha ini hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Tindakan yang dimainkan hanyan menajamkan lagi perpecahan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, Mujahid menyeru orang Melayu dan umat Islam supaya menolak politik yang memonopoli agama untuk menyerang dan merendahkan pihak lain.

“Malaysia memerlukan politik yang rahmah, beradab dan menyatukan, bukan politik yang memecah-belahkan masyarakat dengan retorik agama yang sempit dan penuh prasangka,” katanya.

Related Posts

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

KANGAR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Perlis, Azzin Izzad Bahanudin memangku jawatan Ketua AMH negeri itu berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad. Peletakan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketua Pemuda AMANAH Perlis keluar parti

KANGAR – Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perlis, Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti termasuk keahlian berkuat kuasa hari ini. Beliau berkata, keputusan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI