Wanita tersepit, dua kanak-kanak cedera kemalangan

TAIPING – Empat individu termasuk dua kanak-kanak cedera selepas sebuah kereta bertembung dengan sebuah van dalam kemalangan di Taman Lela, Kamunting di sini, awal pagi Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.14 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipercayai bertembung dengan sebuah van jenis Toyota Hiace.

“Terdapat tiga mangsa di dalam Proton Persona iaitu seorang wanita berusia 51 tahun yang tersepit di tempat duduk pemandu serta dua kanak-kanak yang turut mengalami kecederaan.

“Pemandu van lelaki berusia lingkungan 20-an pula mengalami kecederaan ringan dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Sabarodzi berkata, anggota bomba kemudiannya mengeluarkan mangsa yang tersepit dan kesemua mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kesemua mangsa dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan ambulans KKM untuk rawatan lanjut.

Operasi berjaya dikawal sekitar jam 6.35 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 7.29 pagi.

Related Posts

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa sebanyak 15 unit telefon pelbagai jenama bersama kad SIM diterima dalam satu plastik lut sinar pada dua tarikh berasingan, iaitu 8…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

KOTA KINABALU – Sebanyak 83 projek bekalan air luar bandar (BALB) di Sabah diserahkan kepada kerajaan negeri melalui penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pelaksanaannya. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid