Dua rumah terjejas, laluan utama terputus akibat tanah runtuh di Limbang

LIMBANG – Hujan lebat berterusan selama beberapa jam mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Kampung Bukit Kota sehingga menjejaskan dua buah rumah dan memutuskan laluan utama menuju ke pusat bandar pada Sabtu. 

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu turut disusuli dengan insiden banjir yang menenggelamkan beberapa kawasan berhampiran.

Beliau yang turun meninjau lokasi kejadian turut menzahirkan ucapan takziah serta rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat.

“Keutamaan kita sekarang adalah memastikan keselamatan penduduk serta mempercepatkan kerja pembersihan supaya laluan yang terputus ini dapat dilalui semula,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Hasbi menggesa agensi berkaitan supaya mengambil tindakan segera untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penstabilan kawasan cerun bagi mengurangkan risiko runtuhan susulan.

Malah tegasnya, satu kajian menyeluruh mengenai struktur dan keadaan bukit di kawasan berkenaan perlu dilaksanakan segera bagi menilai potensi berlakunya tragedi serupa pada masa hadapan.

“Sepanjang laluan ini keadaannya agak berbahaya dan tidak stabil. Kita berharap tidak berlaku lagi pergerakan tanah atau runtuhan selepas hujan berhenti,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, kejadian bencana alam itu turut mengakibatkan bekalan elektrik dan air kepada penduduk setempat terputus.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa agensi yang terlibat sedang giat menjalankan usaha pemulihan bekalan berkenaan dan dijangka selesai dalam tempoh kurang 24 jam.

Sementara itu, mangsa yang terjejas dinasihatkan supaya segera tampil bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan menerusi Jawatankuasa Bencana.

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membantu dari segi keperluan asas.

“Pada masa sama, saya menyeru semua agensi berkaitan untuk bekerjasama secara bersepadu terutama pada waktu krisis bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan pantas dan berkesan,” ujarnya.

Orang awam turut dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan runtuhan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Bagi penduduk yang tinggal berhampiran lereng bukit, mereka digesa supaya lebih peka dan sentiasa berwaspada menghadapi musim tengkujuh berikutan risiko tanah runtuh yang tinggi di kawasan terbabit.

Related Posts

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

KUANTAN – Setiap ahli politik perlu mempunyai prinsip dan berpegang kepada lima asas penting bagi memastikan mereka kekal dihormati. Perkara ini juga menjadi benteng kepada ahli politik untuk menjalankan amanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

KUCHING – Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) dan Plaza Merdeka Management Sdn Bhd (Plaza Merdeka) memeterai kerjasama strategik melalui pemeteraian Surat Niat (LoI) bersempena dengan penganjuran pameran iPROTECH 2026 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’ ?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’ ?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air