Dua rumah terjejas, laluan utama terputus akibat tanah runtuh di Limbang

LIMBANG – Hujan lebat berterusan selama beberapa jam mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Kampung Bukit Kota sehingga menjejaskan dua buah rumah dan memutuskan laluan utama menuju ke pusat bandar pada Sabtu. 

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu turut disusuli dengan insiden banjir yang menenggelamkan beberapa kawasan berhampiran.

Beliau yang turun meninjau lokasi kejadian turut menzahirkan ucapan takziah serta rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat.

“Keutamaan kita sekarang adalah memastikan keselamatan penduduk serta mempercepatkan kerja pembersihan supaya laluan yang terputus ini dapat dilalui semula,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Hasbi menggesa agensi berkaitan supaya mengambil tindakan segera untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penstabilan kawasan cerun bagi mengurangkan risiko runtuhan susulan.

Malah tegasnya, satu kajian menyeluruh mengenai struktur dan keadaan bukit di kawasan berkenaan perlu dilaksanakan segera bagi menilai potensi berlakunya tragedi serupa pada masa hadapan.

“Sepanjang laluan ini keadaannya agak berbahaya dan tidak stabil. Kita berharap tidak berlaku lagi pergerakan tanah atau runtuhan selepas hujan berhenti,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, kejadian bencana alam itu turut mengakibatkan bekalan elektrik dan air kepada penduduk setempat terputus.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa agensi yang terlibat sedang giat menjalankan usaha pemulihan bekalan berkenaan dan dijangka selesai dalam tempoh kurang 24 jam.

Sementara itu, mangsa yang terjejas dinasihatkan supaya segera tampil bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan menerusi Jawatankuasa Bencana.

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membantu dari segi keperluan asas.

“Pada masa sama, saya menyeru semua agensi berkaitan untuk bekerjasama secara bersepadu terutama pada waktu krisis bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan pantas dan berkesan,” ujarnya.

Orang awam turut dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan runtuhan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Bagi penduduk yang tinggal berhampiran lereng bukit, mereka digesa supaya lebih peka dan sentiasa berwaspada menghadapi musim tengkujuh berikutan risiko tanah runtuh yang tinggi di kawasan terbabit.

Related Posts

Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

SEMPORNA – Kerajaan Sabah membelanjakan lebih RM1 bilion sebagai usaha menyelesaikan masalah bekalan air yang diwarisi sejak sekian lama. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha itu termasuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
138 pelajar, guru terima insentif pendidikan berjumlah RM37,500

MUKAH – Seramai 138 pelajar dan guru menerima insentif pendidikan berjumlah RM37,500 menerusi inisiatif Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian pada Selasa. Ahli Dewan Undangan Negeri Tellian, Royston Valentine…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

138 pelajar, guru terima insentif pendidikan berjumlah RM37,500

138 pelajar, guru terima insentif pendidikan berjumlah RM37,500

Belanjawan 2027: RM280.03 juta dicadang untuk tanam semula sawit – Anwar

Belanjawan 2027: RM280.03 juta dicadang untuk tanam semula sawit – Anwar

Pertemuan diplomat AS dengan pembangkang perkara biasa dalam diplomasi – Penganalisis

Pertemuan diplomat AS dengan pembangkang perkara biasa dalam diplomasi – Penganalisis