Pegawai penguat kuasa MPS dipukul ketika rondaan di Pasar Batu 8

SANDAKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang dipercayai dipukul oleh sekumpulan lelaki ketika menjalankan rondaan di kawasan Pasar Batu 8, di sini, pada petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang ketika mangsa bersama rakan sekerjanya menjalankan rondaan bagi memantau aktiviti perniagaan di kawasan pasar berkenaan.

“Mangsa sebelum itu menegur seorang lelaki yang dipercayai menjual rokok tanpa cukai secara terbuka di kawasan tersebut.

“Bagaimanapun, teguran itu dipercayai mencetuskan pertengkaran sebelum mangsa diserang oleh beberapa individu yang tidak dikenali.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan lebam di beberapa bahagian badan,” ujarnya dalam satu kenyataan media, pada Sabtu.

Menurut George, pihak polis telah memulakan siasatan dan berjaya mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

“Setakat ini, satu tangkapan telah dibuat bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan bagi menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas, serta Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” kongsinya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan