Konsep ‘Rumah Bangsa’ wadah penyatuan UMNO, terbuka kepada semua bekas ahli

MANJUNG – Konsep Rumah Bangsa yang diperkenalkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, dilihat sebagai wadah penyatuan besar parti itu yang terbuka kepada semua bekas pemimpin dan ahlinya untuk kembali bersama memperkukuh perjuangan parti.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Zambry Abd Kadir berkata, konsep tersebut tidak tertumpu kepada mana-mana individu tertentu sebaliknya menekankan pendekatan tindakan secara kolektif dalam memperkukuh parti.

Menurutnya, setiap individu yang pernah bersama UMNO mempunyai kekuatan dan sumbangan tersendiri kepada perjuangan parti.

“Konsep rumah bangsa ini bukan hanya terkhusus kepada satu-satu individu. Kita buka kepada semua kerana konsep kita ialah ‘collective action’ .

“Kita bergerak secara kolektif dan UMNO adalah landasan bukan untuk seorang tetapi untuk semua termasuklah Khairy Jamaluddin dan sebagainya.

“Ini kerana masing-masing mempunyai kekuatan dan sumbangan tersendiri seperti yang disebutkan oleh Presiden,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 377 keluarga yang terjejas akibat banjir tahun lalu di Daerah Manjung, pada Sabtu.

Turut hadir Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Meor Ismail Meor Akim.

Zambry yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional berkata, konsep Rumah Bangsa sebenarnya mempunyai sejarah panjang dalam perjuangan UMNO sebagai wadah penyatuan orang Melayu sejak sebelum kemerdekaan.

Menurutnya, pada tahun 1946 lebih daripada 100 pertubuhan Melayu berhimpun untuk bersatu menentang cabaran besar ketika itu iaitu penubuhan Malayan Union, sekali gus menjadikan UMNO sebagai sebuah ‘rumah bangsa’ yang besar.

“Meskipun selepas itu perjalanan politik berkembang dengan kemunculan pelbagai parti yang kebanyakannya lahir daripada UMNO sendiri, namun konsep mengekalkan rumah bangsa itu merupakan satu idea besar yang baik oleh Presiden UMNO,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid dilaporkan membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung keahlian untuk kembali menyertai parti itu tanpa syarat di bawah inisiatif Rumah Bangsa.

Pelawaan itu turut terbuka kepada mana-mana individu yang mahu bersama perjuangan parti berkenaan demi memperkukuh kesatuan serta kestabilan politik negara.

Related Posts

PRN Negeri Sembilan ruang rakyat nilai ketegasan Anwar pulihkan negara

PORT DICKSON – Rakyat diseru menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebagai ruang memberi mandat moral kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berpendirian tegas dalam isu antarabangsa, usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

PORT DICKSON – Tindakan lebih tegas perlu dilaksanakan kerajaan termasuk mengharamkan mana-mana individu atau pihak yang secara terbuka mempertikaikan asal usul orang Melayu, bagi mengekang perbuatan itu daripada terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dialog pelancongan lonjak kerjasama ASEAN, Malaysia dan China

Dialog pelancongan lonjak kerjasama ASEAN, Malaysia dan China

PH tidak khianat, tikam belakang rakan – Ahmad Faez

PH tidak khianat, tikam belakang rakan – Ahmad Faez

Sarawak saran penggunaan AI bertanggungjawab bina kepercayaan digital

Sarawak saran penggunaan AI bertanggungjawab bina kepercayaan digital

Jenayah vandalisme di Sarawak semakin serius, seru peranan media didik masyarakat

Jenayah vandalisme di Sarawak semakin serius, seru peranan media didik masyarakat

Danish mahu bawa suara anak muda, tidak pinggir golongan berusia di Chembong

Danish mahu bawa suara anak muda, tidak pinggir golongan berusia di Chembong

Sarawak tubuh agensi aeroangkasa, sasar lantik CEO akhir tahun

Sarawak tubuh agensi aeroangkasa, sasar lantik CEO akhir tahun